Tuesday 18 October 2016

Tatabahasa - Soalan 3d

i) Istilah/kata - Pertandingan
   Tatabahasa - Di
ii) Istilah/kata - Pendapatan
    Tatabahasa - Yang
iii)Istilah/bahasa -
    Tatabahasa - Ke

i) Istilah/kata - Mengibarkan
   Tatabahasa - Bersama-sama
ii) Istilah/kata - Taraf
    Tatabahasa -  Kerana
iii) Istilah/kata -
     Tatabahasa -

i) Istilah/Kata - Dianugerahkan
   Tatabahasa - Dan
ii) Istilah/Kata - Pasar Raya Hasani
    Tatabahasa -
iii) Istilah/Kata - Sempena
     Tatabahasa - Dua jam setengah

i) Istilah/kata - Manghasilkan
   Tatabahasa -
ii) Istilah/Kata - insentif
    Tatabahasa - Bagi
iii) Istilah/Kata - Bergantung
     Tatabahasa - Pengunjung


Read More ->>

Tuesday 11 October 2016

BM2 - SET4

a) ayat
- air mata = Kelakuan adik di tempat awam menyebabkan ibu malu sehingga menitiskan air mata
- mata air = Abu terjumpa mata air di kawasan rumahnya lalu menggalinya untuk dijadikan perigi
- Bunga kertas = Jualan bunga kertas di kedai pakcik rostam amat laris.
- Kertas Bunga = Adik membalut hadiah dengan menggunakan kertas bunga
- Pokok pangkal = Keruntuhan rumah tangga merupakan pokok pangkal masalah sosial dalam kalangan remaja.
- Pangkal pokok = Fenomena durian berbuah di pangkal pokok itu telah menjadi salah satu topik yang hangat dalam kalangan penduduk kampung.

b) Susunan biasa - Susunan Songsang
- Diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif itu tadi.
- Tersusun dengan kemas koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya di dalam almari perhiasan
- Sungguh menggalakan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hiudp Sihat itu.

c) Kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan
- Kerajaan Komited untuk meningkatkan modal insan yang berkemahiran tinggi agar impian menjadikan negera ekonomi berpendapatan tinggi dapat dicapai
- Di bawah strategi memacu ekonomi negara, kerajaan terpaksa menarik pelaburan asing dan pihak swasta sebagai teras untuk menjana ekonomi negara
- Banyak pihak menyalahkan kerajaan apabila kadar pengangguran meningkat tetapi mereka tidak mengkaji dengan mendalam tentang punca siswazah gagal mendapat pekerjaan.

Read More ->>

Tuesday 9 August 2016

BM2 Set-2

a) Jalan
    i) Kita perlu melalui Jalan Raya itu terlebih dahulu sebelum masuk ke jalan kampung
   ii) Kita perlu jalan untuk menyelesaikan masalah ini.
    Lepas
    i) Saya secara tidak sengaja menghilangkan telefon saya pada minggu lepas
   ii) Arman terpaksa melepaskan harimau peliharaannya disebabkan oleh undang-undang negara.
    Tawar
    i) Telur yang dimasak oleh tukang masak ini berasa sedikit tawar
   ii) Amin telah tawar hati dalam meminjamkan duit kepada kawannya yang disangka boleh
       dipercayai.

b) i) Mandi di sungai budak-budak itu
   ii) Sedang sakit tenat adik Nurina di hospital.
  iii) Sungguh cantik cincin yang betatahkan berlian itu.
  iv) berkejar-kejaran di taman permainan kanak-kanak itu.
   v) Pada awal pagi sungguh dingin keadaan suhu di atas Bukit Melawati..
  vi) Sejak sepuluh tahun yang lalu tidak berpenghuni rumah besar di atas bukit itu.

c) i) Pekerja di kilang tersebut sedang memproses isi buah nanas yang akan direbus dengan air gula.
   ii) Cikgu Zulaikha meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke klinik untuk
        mendapatkan rawatan pada pagi itu
  iii) Peminat-peminat Siti Norhaliza yang ingin menyaksikan pertujukannya berasa kecewa apabila
       diberitahu bahawa pertunjukannya itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.

d) i) Dato' Shamsuddin mendapatkan rawatan di Pusat Rawtan Tawakal untuk mengubati
        penyakit kanser hati yang dihadapinya.
   ii) Kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada di
        dalam keadaan yang stabil dan selamat .
  iii) "Kertas cadangan ini perlu dihalusi dengan telitinya sebelum kami ajukan permohonan tuan
        kepada ahli lembaga pengarah," kata Murad kepada Rohani.
Read More ->>

Monday 8 August 2016

BM2 - SET 1

Soalan 3

a) i) Dingin- Suasana yang dingin menyebabkan kadar metabolisma dalam badan menjadi perlahan
                  - Datuk saya merupakan salah seorang penyumbang dalam kedamaian ketika perang dingin 
   ii)  Diam -  Diam merupakan tindakan yang terbaik ketika pergaduhan sedang berlaku.
                  - Dalam diam, beliau melakukan kezaliman terhadap rakyat-rakyatnya.
   iii) Haus  - Cuaca yang panas menyebabkan seseorang itu cepat haus.
                  - Tayar kereta Akmal haus kerana telah lama digunakan

b)  i) Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menari tarian zapin mengikut alunan rentak dan irama dengan lemah gemalainya.
    ii) Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada pemain kerana mengasari lawan.
   iii) Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai ketika perjalanan pulang ke Muar.

c) i) Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat
   ii) Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun
  iii) Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum dia tidur
d) i) Murid-murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.
   ii) Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.
  iii) Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ialah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa dalam mencapai segala impiannya.
Read More ->>

Kerjaaa...

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Merka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Jawapan:
   Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang mana direka untuk memberikan manfaat kepada manusia melalui pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula dan pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Merka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
Read More ->>

Tuesday 2 August 2016

Rumusan

Petikan membincangkan cara-cara membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia

  Cara-cara membendung pencemaran alam sekitar adalah, memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Selain itu, Kita juga perlu mengajar kanak-kanak membuang sampah di tempat yang disediakan seperti tong sampah. Cara-cara yang lain adalah mengumpul bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Seterusnya, kita boleh membendung pencemaran dengan berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraf tangan. Di samping itu, kita juga boleh mengelakkannya dengan mendermakan pakaian lama kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Malah, ia juga boleh dibendung dengan menjalankan program gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar

  Kekangannya pula termasuklah sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Ia juga disebabkan oleh penggunakan kenderaan bermotor seperti kereta dan lori yang mana asap yang dikeluarkan terlalu bahaya untuk alam sekitar. Malah, pembakaran secara terbuka juga merupakan satu faktor besar dalam pencemaran alam sekitar.

   Kesimpulannya, setiap individu perlulah memberi peranan agar gerakan ini dapat memberi kesan yang secukupnya dalam membendung pencemaran ini dan perlulah diberi tindakan awal seperti pepatah yang menyatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan".
Read More ->>

Monday 1 August 2016

Kuiz bahasa Melayu

Bina ayat menggunakan perkataan yang diberi
1) Kemas - Semua pelajar diarahkan untuk berpakaian kemas pada esok hari.
2) Mengemaskan - Para pemimpin perlu mengemaskan folio mereka untuk pembentangan pada       minggu hadapan
3) Kekemasan - Kekemasan khemah juga diambil kira dalam penilaian markah pertandingan.
4) Harga - Dikhabarkan bahawa harga minyak akan naik tidak lama lagi.
5)  Menghargai - Kita perlulah menghargai jasa guru-guru kita yang mana telah mengajar kita           sehingga menjadi seorang insan yang terbilang.
6) Penghargaan - Sijil pernghargaan itu telah disampaikan oleh Guru Besar kepada pelajar.

Aktif - Pasif
1) Buku-buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 itu telah dihasilkan oleh saya.
2) Sayur-sayuran di belakang rumah itu perlulah disiram oleh kamu pada setiap petang.
3) Latihan intensif yang bernama Program Latihan Khidmat Negara akan dijalankan kepada para pelatih selama tiga bulan.

Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
1) Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu
2) Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak               memudaratkan penduduk di sekitarnya.
3) Pengurus syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus       dalam jangka masa setahun.

Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa
1) Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
2) Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tibanya musim membajak padi
3) Selepas pilihan raya umum, kebiasaanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri
Read More ->>

IFSC 2016

Sebuah pertandingan penyelidikan iaitu International Future Scientists Conference (iFSC) telah berlangsung di Pusat PERMATApintar Negara pada 26 Julai 2016. Lebih dari 200 pelajar dari 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut termasuk Kolej PERMATApintar. Program ini dijalankan di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Semua peserta daripada luar hendaklah bermalam sama ada di Kolej PERMATApintar ataupun Kolej Keris Mas.
          Pada hari pertama iaitu 26 Julai 2016 bersamaan dengan hari selasa, sesi pendaftaran dan penghiasan booth telah berlangsung. Peserta-peserta telah membuat persediaan terakhir sebelum pertandingan bermula. Acara perasmian telah bermula pada pukul 2 petang itu di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Timbalan Naib Canselor UKM, Professor Dato’ Ir.Dr. Riza Atiq Abdullah bin Orang Kaya Rahmat telah menghadiri majlis ini untuk merasmikan pertandingan tersebut. Majlis perasmian ini turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh pelajar Kolej PERMATApintar. Selepas majlis perasmian, peserta-peserta telah dibenarkan untuk rehat dan membuat persediaan untuk pembentangan penyelidikan pada keesokan harinya.
          Pada keesokan harinya pula iaitu 27 Julai 2016 bersamaan dengan hari rabu, sesi penilaian telah berlangsung. Sesi ini dijalankan di ruang legar auditorium. Terdapat beberapa faktor yang diketegahkan untuk menilai mereka seperti cara pembentangan, kecantikan booth dan sebagainya. Terdapat banyak penyelidikan yang menarik yang saya dapati ketika melawat booth-booth mereka seperti penyelidikan tentang lalang, bintang, penapis air, mesin penjana elektrik, racun perosak, dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan sebuah penyelidikan yang ddiketuai oleh saudara Ku Nazhan iaitu menggantikan lemak daging kepada lemak sayuran dalam daging burger. Penyelidikan ini telah mendapat pingat gangsa pada ketika majlis penutup. Sesi ini tamat pada waktu petang.


          Pada hari ketiga iaitu hari terakhir bersamaan dengan 28 Julai 2016 iaitu pada hari khamis, majlis yang ditunggu-tunggu telah berlansung iaitu majlis penutup. Majlis ini bermula pada jam 11 pagi dan dihadiri oleh naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Semua peserta amat gementar ketika ini kerana segala usaha yang mereka telah lakukan akan diberi ganjaran pada majlis ini sama ada mendapat pingat gangsa, pingat perak ataupun pingat emas. Terdapat juga empat anugerah pembentangan terbaik yang dianugerahkan kepada empat  peserta yang terbaik. Setelah acara penyampaian pingat selesai, semua peserta berasa lega walaupun mereka mendapat pingat gangsa. Para penonton juga turut disajikan dengan sebuah persembahan oleh pelajar asas 2 Kolej PERMATApintar. Semua peserta mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan ini dan iFSC merupakan sebuah pertandingan yang amat penting untuk pelajar.
Read More ->>

Tuesday 19 July 2016

Berikan nama retorik dan ciri-ciri yang terdapat dalam setiap petikan di bawah

1. “Saya bersetuju dengan cadangan Encik Ghazali tadi kerana kita sebagai ibubapa patut menyumbangkan tenaga secara bergotong-royong, membina, dan menyiapkan tempat belajar sementara bagi menampung keperluan pelajar sekolah ini. Kita jangan asyik meminta bantuan daripada kerajaan sahaja. -Retorik pemujukan-

2. Encik Ahmad seorang pelukis kartun terkenal. Beliau dijemput oleh kelab seni sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur untuk menunjukkan teknik melukis kartun. -Retorik Penceritaan-


3. Wanita yang ditemui itu berseluar biru, memakai kemeja berlengan panjang, berambut pendek, berkulit cerah, bertahi lalat di bawah bibir, memakai kasut hitam bertumit tinggi, memakai kaca mata hitam, dan beg tangan berjenama Christine de Or. -Retorik Pemerian-

4. Pak Usof tidak puas hati dengan keputusan ahli jawatankuasa surau yang hendak memindahkan tapak surau itu ke tempat lain. Dengan geram Pak Usof menyuarakan bantahannya kepada Tuk Penghulu. “Tuk, apa salahnya tapak surau ini dikekalkan di sini? Sudah turun-temurun surau ini terpacak di sini. Letaknya di tengah-tengah kampung. Sebelah hilirnya ada sungai, di sebelah hulu pula ada jalan. Tapak baru itu apa yang ada?” -Retotik Penghujahan-


5. Petroleum atau minyak batu-batan berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu petra yang bermaksud batu atau batu-batan dan oleum yang bermaksud minyak. Petroleum wujud dengan banyak di dalam tanah, berbentuk cecair, gas, separuh pepejal atau pepejal. Dari segi kimianya, petroleum merupakan sejenis campuran yang amat kompleks. -Retorik Pendedahan-
6.  Kuala Terengganu menjadi sebuah lagi destinasi pelancongan yang kian popular dalam kalangan pelancong yang mengunjungi Taman Negara, Pahang. Kuala Terenggan terletak di satu kawasan terpencil. Keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan para pengunjung untuk ke sana. Kedudukannya kira-kira 9.1 km dari Kuala Tahan. Jika melalui Sungai Tembeling, jauhnya kira-kira 12.5 km. -Retorik Pendedahan-

 7. Pengarang mengemukakan cadangan atau gagasan. Gagasan disokong oleh fakta, bukti, contoh, dan data. Sekongan yang diberikan relevan dan rasional. -Retorik Pemerian-

 8. Banglo milik Sazali itu dibina dua tahun yang lalu di atas tanah seluas 8000 kaki persegi. Kawasan banglo dengan landskap ala Bali menjadikan pemandangan di sekitar banglo itu amat menarik. Ada pokok-pokok hijau di sekeliling banglo itu dan sebuah kolam ikan yang menimbulkan suasana yang aman damai. -Retorik Pemerian-


 9. Alat bantu digital peribadi (PDA) Sybo SJ20 yang bersaiz 2.54 x 7.36 cm ini boleh digunakan sebagai pengganti komputer buku. SJ20 menggunakan perisian Graffito keluaran Palmo. Alat ini boleh membaca dan mengedit fail-fail Excel. Sebelum ini, ciri-ciri demikian hanya terdapat pada komputer peribadi. -Retorik Pemerian-

10. Penjara Pudu bukanlah satu nama asing bagi warga kota. Kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur meningatkan kita tentang keutuhan kubu A Famosa yang berdiri gagah di bandar raya Melaka. Kos pembinaan penjara ini ialah RM320 000, iaitu jumlah yang cukup besar ketika itu. -Retorik Penghujahan-


    11. Pengimport tunggal Bumiputera bagi daging dan makanan laut dari beberapa buah negara Eropah, iaitu Syarikat Osmal Sdn. Bhd., yakin bahawa permintaan bekalan barang tersebut tidak terjejas walaupun berlaku perang. Sebaliknya, pengimport berkenaan menjangka bahawa permintaan terus stabil dan meningkat. - Retorik Pendedahan-

12. Virus misteri radang paru-paru akibat Sindrom Pernafasan Yang Teruk telah mengorbankan nyawa yang banyak. Sindrom ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, penyakit ini mudah berjangkit dan tiada penawarnya. Kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas dengan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari negara yang dilanda penyakit tersebut. - Retorik Pemujukan-



13. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan dahulu wajar diteruskan kerana dasar  itu  relevan  dan  penting  bagi  memajukan  Malaysia  dalam        pelbagai... -Retorik Hujahan-
Read More ->>

Tuesday 3 May 2016

Jurnal (26/4/2016)

Hari ini saya dan rakan menyertai hari sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


Bukan seperti tahun lepas, ianya kurang mendapat perhatian dan pelajar-pelajarnya seperti tidak setuju dengan sukan yang diadakan pada hari itu. Saya seperti biasa mengambil kesempatan untuk mengumpul sebanyak yang boleh tetapi hanya mampu mengumpul dua medal yang mana merupakan gangsa dan perak.

Saya berharap agar sukan pada tahun hadapan lebih meriah dan lebih menarik berbanding tahun ini. Dengan gembiranya memberitahu bahawa akan menjadi pelajar yang digelar sebagai tahap .
Read More ->>

Thursday 14 April 2016

Jurnal 14/4/16

Hari ini dikejutkan dengan kematian ibu saudara kepada kawan saya. Sama-samalah kita berdoa membacakan yassin kepadanya. Alang-alang sudah malam jumaat. Kenapa kita tidak selitkan sekali doa untuknya. Melainkan kamu tidak mahu membacanya. Haha.

 Hari ini, saya ingin mengbincangkan sedikit tentang persahabatan. Kenapa kita perlukan kawan. Kenapa kita perlu memilih kawan, apakah definisi seorang kawan yang kita perlu fahami. Kawan ini adalah satu objek yang kita menemani kita, berjuang bersama-sama dengan kita, membantu kita, mendorong kita, keluarga kita, sahabat kita. Kawan yang kita cari perlulah seorang yang memahami dan tidak mengangkat darjatnya sendiri setinggi awan di langit. Saya mempunyai seorang kawan yang boleh dikatakan menghina saya kerana latar belakang saya tidaklah sebagusnya dan membuatkan dia menjadi seorang yang selalu menghina dan tidak hormati saya [ada kebanyakan waktu. Cadangan saya tidak didengari, malah mengelak pertanyaan saya terhadapnya, juga disertakan mukanya yang tidak puas hati terhadap sesuatu yang ada pada diri saya. Jadi, kawan yang sebegini perlulah kita jauhi walaupun dia merupakan seorang yang bijak pandai. Apa guna bijak pandai jika dia masih lagi mengamalkan sikap pilih kasih. Itu sahaja. Pilihlah kawan anda dengan betul dan berhemah. Relakan bersendirian berbanding beekawan dengan seseorang yang tidak menerima diri anda
Read More ->>

Jurnal 13/4/16

 Hari ini kami memakai pakaian sukan kerana mempunyai aktiviti yang istimewa bersama cikgu Matematik kami. Disebabkan cuaca yang panas dan aktiviti ini dilakukan di luar, kami perlu memakai pakaian yang sesuai dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak diserang dengan apa-apa penyakit yang berbahaya.

 Jadi, tentang perkara yang berlaku pada hari yang lepas telah mengubah saya dan semestinya mengubah saya menjadi lebih teruk. Apa yang saya boleh buat, tiada rakan yang boleh dipercayai untuk meminta pertolongan tiada guru yang boleh saya cari untuk mendapatkan nasihat. Jadi, satu lagi perkara yang mendatangkan masalah kepada saya. Sudah timbulnya aura kejahatan dalam diri ini. Bersedialah dunia.
Read More ->>

Jurnal 12/4/16

Hari ini adalah hari Selasa

yaa.. Selasa

  Hari ini saya berasa sangat kecewa kerana saya secara tidak sengaja menyerlahkan sikap saya pada zaman silam. Ditambah dengan pemerhatian cikgu terhadap sikap tersebut membuatkan cikgu tersebut tidak berpuas hati denga saya. Motivasi dan semangat saya dalam memperbetulkan diri sendiri berkurang dengan mendadak dan ianya amatlah buruk kesannya terhadap saya. Sikap yang diserlahkan terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan keadaan sekeliling. Ia juga disebabkan oleh beberapa pihak yang tidak menghormati minat pihak yang lain dalam melakukan sesuatu seperti lagu kesukaan dan hobi yang dilakukan setiap hari.

  Walaupun hajat saya ini tidak baik, saya rasa ianya berbaloi kerana hati ini telah menyimpan banyak kemarahan silam dan ianya berasa seperti ingin dilepaskan dalam satu das yang besar. Tetapi, saya masih lagi berfikir bila dan di mana saya ingin lepaskannya. Ya, suatu perkara yang buruk perlu difikir untuk dilakukan pada waktu bila dan di mana tempatnya.
Read More ->>

Jurnal (Bahasa Melayu) 11/4/16

 Hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi yang mengejutkan kerana kami telah menerima seorang tetamu yang istimewa. Beliau merupakan CEO kepada syarikat yang mengeluarkan majalah Readers' Digest. Ketibaan beliau yang mengejutkan memeranjatkan kami. Semasa sesi ucapan pelajar berlangsung, ucapan tersebut secara automatik menjadi satu ucapan yang rasmi dan berubah kepada ayat yang mempunyai bahasa baku.

 Beliau dan pembantu yang datang menemu ramah beberapa orang pelajar di sini dan menemu ramah cikgu matematik. Cikgu matematik kami merupakan bekas pelajar Kolej PERMATApintar tahun pertama dan salah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik di sekolah kami.

 Selepas peristiwa tersebut, perkara-perkara lain yang berlaku pada hari tersebut hanyalah perkara biasa yang berlaku setiap minggu. Apa yang tidak memuaskan hati saya adalah mempunyai rakan-rakan yang mana kebanyakannya merupakan musuh dalam selimut saya sendiri. Kesabaran dalam mengharungi kehidupan di kolej PERMATApintar amatlah sukar dan kesukaran itu ditambah dengan masalah pemikiran beberapa orang pelajar yang mana boleh dikatakan tidaklah matang sepenuhnya.
Read More ->>

Wednesday 30 March 2016

makna

Absorb - serap
Absorbate -
Absorbent - penyerap
Absorber -
Absorptivity -
Absorptive -
Absorption - penyerapan
Peat - gambut
Pain - kesakitan
Lasting - berkekalan
Atom - atom
Electron - elektron
Professional - profesional
Phycology - bidang fikologi
Structure - struktur
Custom - adat
Grant - memberikan
Plan - pelan
Pension -  pencen
Dengue - denggi
Campaign - kempen
network - rangkaian
Balanced budget - bajet yang seimbang
triangle - segi tiga
Circular - bulatan
Power - kuasa
Horse Power - kuasa kuda
Relative - kenalan
Order - perintah/pesanan
Liquid - cecair
Fuse - fius
Realism - realisme
Counter - kaunter/tindak balas
Contingent - kontinjen
Ferum - ferum
Assimilation - assimilasi
Zone Ozone - zon ozon
Vitamin - vitamin
Novel - novel
University - Universiti
Vacuum - Vakum
Quota - kuota
Catalogue - katalog

Read More ->>

Jurnal (30/3/16)

Hari Rabu

  Pengagihan baju kepada ahli-ahli sukarelawan yang lain. Baju tersebut mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar yang lain. Selepas peristiwa tersebut, seorang ahli mencadangkan untuk menjual baju tersebut kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk membelinya. Mengambil pesanan dan buat baju. Ianya sebagai pengumpulan dana untuk melakukan apa-apa aktiviti.

  Sistem prep yang baru telah bermula. Tempat prep kami telah berubah ke dewan serbaguna kerana gangguan manusia yang pentingkan diri membuat kelas ganti di kelas kami. Saya amat berpuas hati dengan perubahan ini. Cuma ia akan membuat saya rasa mengantuk apabila sesi ceramah selepas isya'
Read More ->>

Jurnal (29/3/16)

Hari Selasa

  Baju untuk kelab sukarelawan telah sampai dan ianya amat sesuai. Baju tersebut telah dibuat oleh pihak yang dipanggil Imtiaz Digital. Harganya amat berpatutan dan sesuai dengan design yang diberi.

  Situasi pada malam hari, kami dikumpul di dewan serbaguna untuk mendengar sedikit taklimat tentang pengurusan baru dalam jadual prep. Prep akan bermula pada jam 8 malam setelah solat Maghrib dan akan tamat pada pukul 10 malam. Selepas itu, perlu bergerak ke surau untuk menunaikan solat Isya'. Pengurusan ini akan berkuatkuasa pada esok hari.

  Saya dan beberapa rakan yang lain bergerak ke makmal muzik untuk latihan ghazal. Ghazal untuk persembahan kepada majlis yang terdekat. Pelbagai alat dimainkan untuk menyempurnakan muzik tersebut
Read More ->>

Jurnal (28/3/16)

Hari ini

  Ianya merupakan hari isnin yang tenang. Permulaan yg bagus telah dilakukan dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau. Diikuti dengan sarapan yang sederhana kadar kuantitinya. Bersihkan diri pada jam 715 pagi dan bersiap untuk ke perhimpunan rasmi sekolah. Perhimpunan tersebut berdirinya Prof. Noriah memberitahu bahawa jadual prep kami akan digubal untuk memanjangkan lagi tempoh prep tersebut. Ianya masih lagi dalam perancangan dan masih dibincangkan.

  PnP kami berjalan dengan normal dan teratur sehingga ke petang. Kami telah mendapat cikgu Matematik yang baru. Beliau merupakan batch pertama yang menghabiskan pengajiannya di PERMATApintar dan merupakan salah seorang yang bakal melanjutkan pelajarannya dalam PhD pada usia yang muda.

  Riadah pada hari ini hanyalah sekadar mengeluarkan peluh kerana jurulatih sofbol kami tidak dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut. Saya membuat keputusan untuk bermain badminton di dewan serbaguna.

Read More ->>

Thursday 24 March 2016

Sistem ejaan

Ejaan Sebenar dalam Bahasa Melayu

1. Surat khabar
2. Tengah hari
3. Campur tangan
4. Kemas kini
5. Temu bual
6. Pasar raya
7. Kraf tangan
8. Kubis
9. Lembap
10. Mergastua
11. Martabak
12. Pendeta
13. Tauge
14. Teladan
15. Komisen
16. Pensel
17. Pelan
18. Profil
19. Rebat
20. Spageti
21. Spesies
22. Agregat
23. atlet
24. baucar
25. delegasi
26. E-mel
27. faksmile
28. komersial


Read More ->>

Monday 15 February 2016

Teks ucapan Daro' Seri Najib tentang perubahan Bajet 2016

  Pengubahsuaian Bajet ini dilakukan kerana perubahan ekonomi global yang berkembang dalam kelajuan yang perlahan. Tambahan pula, hal ini diburukkan dengan penurunan harga minyak dunia yang menyebabkan unjuran pendapatan negara yang utama  menurun. Pengubahsuaian ini amat diperlukan bagi memastikan ekonomi negara terpelihara dan berada dalam keadaan yang terkawal. Pihak IMF juga telah meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi global akan perlahan dari 3.6% ke 3.4%. Perdagangan dunia juga dijangka menyusut dari 4.3% hingga 3.4%. Ini diburukkan lagi dengan pertumbuhan ekonomi perlahan di negara-negara besar, seperti China, Amerika Syarikat, India, dan Afrika Selatan. Ia semestinya akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Negara Malaysia telah mengalami masalah krisis ekonomi beberapa kali, iaitu krisis kewangan Asia pada 1997 – 1998. Kegawatan ekonomi pada ketika itu telah menyebabkan rizab antarabangsa menyusut sebanyak RM59 billion, dan pasaran saham KLSE jatuh ke paras 260. Kesan yang ketara yang boleh kita pada masa itu adalah pembuangan pekerja dan penurunan kadar pendapatan bagi setiap individu. Kaedah yang digunakan oleh kerajaan pada ketika itu adalah, dengan membuat pengawalan modal, serta mata wang ringgit ditambatkan pada RM3.80 kepada USD1.00. Kerajaan juga telah membuat penstrukturan semula dengan menubuhkan Danaharta dan Danamodal dan menyuntik rangsangan ekonomi sebanyak RM7 billion.

Krisis seterusnya berlaku pada tahun 2008 – 2009, yang mana berlakunya ‘subprime crisis’ di Amerika Syarikat. Masalah bertambah buruk apabila minyak dunia telah meningkat kepada USD130 setong. Kesan daripada krisis tersebut menyebabkan ekspot negara menyusut 15% dan pendapatan negara menurun dengan drastik. Kerajaan telah merangsangkan ekonomi dengan menyuntik dana sebanyak RM7 billion bagi peringkat pertama dan rangsangan kedua sebanyak RM60 billion. Kerajaan juga telah melaksanakan Dasar Transformasi Negara.

YAB Dato’ Seri Najib Razak, bercadang untuk mengambil beberapa langkah penyelesaian. Langkah pertama adalah dengan mengurangkan kadar potongan caruman KWSP sebanyak 3% yang mana akan dapat meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sebanyak RM8 billion setahun. Pelepasan cukai juga akan diberi sebanyak RM2 ribu kepada pembayar cukai individu yang berpendapatan RM8 ribu sebulan dan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015 sahaja. Kerajaan juga akan mengurangkan kos harga barang dengan meliberalisasikan kawalan kuota impot, bagi lapan produk pertanian, termasuk biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing. Pihak FAMA pula diarahkan untuk membuka pasar belian terus hasil pertanian melalui MyFarm Outlet. Manakala, KPDNKK diarahkan untuk tingkatkan jumlah kedai harga patut dan mempertingkatkan penguatkuasaan. Kerajaan bercadang untuk menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 kepada pesawah bagi setiap satu tan metrik padi bersih. Seterusnya, program MyBeras kepada keluarga miskin tegar akan dibekalkan 20 kg beras setiap bulan.

Bagi projek perumahan baru, rumah yang berharga RM300 ribu, akan dihadkan kepada pembeli rumah pertama sahaja. Manakala, sumbangan 30% Levi HRDF berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja melalui inisiatif ‘reskill’ dan ‘upskill’. Agensi-agensi mengutip cukai dan pendapatan kerajaan diarahkan untuk meningkatkan kecekapan kutipan hasil mereka. Usaha untuk menggandakan pematuhan dan pengauditan pengelak cukai akan diperketatkan. Kerajaan bercadang untuk melonggarkan pengenaan penalti kepada pengelak cukai bagi tahun kewangan 2015. Pulau Bebas Cukai juga akan dikurangkan ketirisannya, dengan memberi pengecualian cukai kenderaan impot di Pulau Bebas Cukai. Dalam bidang telekomunikasi, kerajaan akan mengoptimumkan pendapatan spektrum telekomunikasi. Tambahan lagi, kerajaan juga akan membangunkan kawasan strategik milik Kerajaan. Manakala, sistem pengambilan pekerja asing akan diperkemaskan dengan kadar levi diklusterkan kepada dua kategori, iaitu penggajian dan penempatan semula PATI.

Kerajaan mengarahkan semua agensi kerajaan dan GLC melaksanakan perbelanjaan berhemah. Seterusnya, dana pembiayaan sebanyak RM6 billion bagi pelaburan langsung dana model teroka akan ditambah. Manakala, perbelanjaan pembangunan hanya difokuskan kepada projek yang mendahulukan kepentingan rakyat dan memberi kesan penggandaan tinggi. Jurang pendapatan antara pengurusan atasan dan golongan pekerja akan dikurangkan. Selain dari itu, kerajaan akan memberi penumpuan sektor pelancongan dengan membuat promosi kepada pelancongan domestik. Kemudahan kemasukan pelancong asing dipermudahkan dengan memperkenalkan eVisa, yang mana pelancong-pelancong dari negara China akan diberi Visa Free dengan syarat tempoh berada di Malaysia tidak melebihi 15 hari lawatan sahaja.

Walaupun negara Malaysia mengalami kegawatan ekonomi, program pemberian BR1M akan diteruskan. Kerajan akan mengekalkan kadar GST sedia ada dan mengamalkan perbelanjaan berhemah yang mengutamakan projek berimpak tinggi. Kerajaan akan terus menaja biasiswa JPA dengan meneruskan Program Biasiswa Nasional bagi 20 pelajar terbaik SPM ke Universiti ‘Ivy League’. Seterusnya, Program Khas Kejuruteraan akan menaja 200 pelajar untuk belajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis. Manakala, Program Lepasan Bursary akan menaja 744 pelajar di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam atau Swasta. Tambahan kepada itu, akan diadakan pengambilan 8 ribu pelajar untuk Biasiswa Ijazah Pertama Dalam Negara serta peruntukan PTPTN sebanyak RM5 billion akan diteruskan. Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan terus diberikan peruntukan.

Kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbahan KDNK negara bagi 2016 kepada 4% hingga 4.5% sahaja. Seterusnya, bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara berdaya saing, langkah-langkah konsolidasi fiskal 2016 akan disasarkan untuk mencapai sasaran 3.1% kepada KDNK negara. Manakala, kadar hutang negara akan dikurangkan bagi memastikan ianya tidak melebihi paras 55% KDNK negara. Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan kawalan modal atau penambatan ringgit seperti krisis 1997 – 1998.

Bagi memastikan sistem kewangan negara mempunyai kecairan yang mencukupi, kerajaan akan mengarahkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di bawah Bank Negara Malaysia memberi bantuan kepada peminjam yang mengalami kesukaran. Kerajaan akan melancarkan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan menubuhkan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat. Kerajaan telah mensasarkan pelaburan swasta sebanyak RM215 billion, dan menghubungkan perhubungan strategik antara bandar dan luar bandar. Kerajaan juga akan memberi bantuan kepada syarikat swasta untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui agensi MATRADE dan SME Corp, melalui Program Go-Export. Bagi meluaskan pasaran produk buatan Malaysia, kerajaan akan meneroka pasaran baru melalui Asian Economic Community, Trans-Pacific Partnership Agreement dan Regional Comprehensive Economic Partnership.

Secara ringkasnya, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan menekankan kepada lima perkara penting, iaitu langkah prioritif bagi menempuh cabaran ekonomi semasa bagi membolehkan ekonomi negara masih utuh, tumbuh dan berdaya tahan. Kerajaan juga akan memastikan semua projek yang dilaksanakan akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan mendahulukan rakyat. Pihak kerajaan amat komited bagi melaksanakan konsolidasi fiskal yang bertunjangkan kepada prinsip ‘shared responsibility’.
Read More ->>

10 Gaya bahasa dalam teks ucapan pengubahsuaian bajet 2016

ALITERASI
"Contohnya, pelaksanaan projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysia Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High-Speed Rail akan diteruskan."

METAFORA
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup, langit pula tidak selalunya cerah."

PENGULANGAN
"Secara kesimpulannya, perutusan penstrukturan dan pengubahsuaian ini, sama juga seperti perutusan tahun lepas, bukanlah satu bajet yang baharu."

IRONI
"Berdiam dirilah daripada berkata perkara yang bukan-bukan, namun bersuaralah kepada perkara yang berguna."

ANAFORA
"..., pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan."

PENGULANGAN
"...saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

 HIBRID
"Disebut orang sejak dahulukala, ..."

 DIKSI
"Lima: Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, ..."

ALITERASI
"Mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang"

Asonansi
"Saudara-saudari serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,"


Bahasa Arab
"We have done it before, Insya-Allah, we can do it again."

Bahasa Arab
"Bahawa, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal, seperti yang didakwa dan dituduh-tuduhkan, jauh sekali menjadi bankrap. Nauzubillah.."
Read More ->>

Monday 25 January 2016

Bahasa Melayu Tinggi

    Terhadap satu bentuk bahasa dalam bahasa Melayu yang dipanggil bahasa Melayu Tinggi. Gaya bahasa ini adalah satu bentuk ayat atau pertuturan yang digunakan dalam situasi-situasi yang tertentu sahaja. Contoh situasi yang perlu kita gunakan bahasa Melayu tinggi adalah ketika berucap atau berhujah dalam satu persidangan atau perbincangan yang diadakan secara rasmi, dalam penyebaran berita di televisyen dan radio. Ia digunakan sebagai bahasa baku atau standard. Istilah Bahasa tinggi juga merupakan satu bahasa yang tidak terlibat dalam bidang pelajaran yang beristilah Linguistik. Bermakan, bahasa Melayu tinggi tidak tergolong dalam pelajaran bahasa Melayu yang berkaitan dengan Fonetik dan Fonologi. 
      Bahasa Melayu tinggi telah wujud ketika zaman perkembangan bahasa Melayu. Ia merupakan satu bahasa yang digunakan dengan pada peringkat yang lebih tinggi dan menjadi satu faktor utama dalam penilaian budaya, adab dan etika seseorang. Seperti yang dirujuk pada nota bahasa Mealyu tinggi di pppnukm.wordpress.com, bahasa Melayu tinggi memang mendukung dalam pengertian  sosial yang mana kita dapat perbezaannya dengan bahasa rendah. Jadi, bahasa Melayu tinggi boleh dikaitkan dengan konsep budaya yang tinggi.
         Bahasa Melayu tinggi tidak boleh disamakan dengan penggunaan bahasa basahan. Bahasa Melayu juga selalu dikaitkan dengan bahasa persuratan. Akhir sekali, bahasa Melayu tinggi tidak boleh digunakan sebagai bahasa pertutran dalam kehidupan seharian pada masa kini keran ia boleh menimbulkan kepelikan dan kesilapan dalam memahami tujuan sebenar dalam komunikasi seseorang.
Read More ->>

Tuesday 19 January 2016

Rumusan

Petikan ini membincangkan keburukan penggunaan internet dan cara untuk mengatasinya.
  Keburukan pertama ialah keupayaan internet menyebarkan maklumat dengan luas. Ini boleh menyebabkan masalah seperti penyeberan maklumat yang salah serta fitnah yang semakin cepat tersebar. Selain itu, kebebasan penyebaran maklumat juga membolehkan pengguna untuk menyebar perkara-perkara yang boleh menyinggung perasan orang di luar sana. Ini menyebabkan moral seseorang menjadi lebih teruk. Di samping itu, ramai pengguna internet yang menyebarkan pelbagai bahan dengan tidak mendapat kelulusan hakcipta terlebih dahulu. Ini adalah perkara yang salah di sisi undang-undang. Internet juga dapat membolehkan pelbagai penjualan barang yang haram seperti dadah menjadi lebih senang dan susah dikesan. Seterusnya dengan internet, penyebaran virus lebih mudah untuk menyerang komputer-komputer yang lain.. Akhir sekali, satu negara akan pecah-belah dan tidak bersatu-padu sekiranya parti politik menggunakan internet untuk menyebarkan pelbagai maklumat yang membentuk konflik. Ianya kerana masalah dalam pemahaman sesuatu hujah dan bukti-bukti yang susah untuk dipercayai.

   Walaubagaimanapun, ini boleh diatasi sekiranya pengguna dan pihak polis bekerjasama untuk menangkap pengguna yang salah menggunakan internet. Pasukan yang mengurus laman internet juga boleh mendirikan satu unit yang bertugas untuk mengawal penyebaran maklumat yang tidak elok.

    Kesimpulannya, Semua orang mempunyai tanggungjawab dalam menghentikan penyalahgunaan internet dan kita harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.













Read More ->>

Friday 15 January 2016

Re-Orientasi Pelajar


UKM 5/1/2016 - Terdapat 210 orang pelajar telah mengikuti satu program yang mana dinamakan program Re-Orientasi pelajar Pusat PERMATApintar Negara. Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk menyedarkan kembali pelajar dengan sasaran sebenarnya hidup di Kolej ini. Program ini telah dijalankan selama beberapa jam dan mempunyai pelbagai bahagian.pada awal pagi, majlis tersebut bermula dengam taklimat tentang Kolej PERMATApintar yang disampaikan oleh Prof, Dato' Dr. Noriah. Yang kedua berkaitan dengan hal ehwal pelajar yang menekankan dengam disiplin dam adab2 yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar. Pada waktu petang, taklimat daripada pihak kaunseling bermula dengan ucapan dari kaunselor kami yang baru dan seterusnya kaunselor2 yang lain. Ianya juga tentang biasiswa dan pengurusan baju sekolah yang baru.
  Kelebihan menjadi pelajar yang paling lama tinggal di PERMATA bukanlah satu benda yang boleh kita libatkan untuk mendapat kehormatan diri. Taklimat ringkas mengenai kokurikulum dari En. Mior sangatlah membantu dan beliau melakukan tugas dengan baik dan menyampaikan maklumat dengan jelas sekali. Pada waktu malam, taklimat yang terakhir dilakukan oleh felo dan warden kolej iaitu En.Fadzil dan rakan2nya yang mana bertanggungjawab tentang kehidupan kami di asrama. itu sahaja


Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.