Sebuah pertandingan
penyelidikan iaitu International Future Scientists Conference (iFSC) telah
berlangsung di Pusat PERMATApintar Negara pada 26 Julai 2016. Lebih dari 200
pelajar dari 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut termasuk
Kolej PERMATApintar. Program ini dijalankan di auditorium Pusat PERMATApintar
Negara. Semua peserta daripada luar hendaklah bermalam sama ada di Kolej
PERMATApintar ataupun Kolej Keris Mas.
Pada hari pertama iaitu 26 Julai 2016
bersamaan dengan hari selasa, sesi pendaftaran dan penghiasan booth telah
berlangsung. Peserta-peserta telah membuat persediaan terakhir sebelum
pertandingan bermula. Acara perasmian telah bermula pada pukul 2 petang itu di
auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Timbalan Naib Canselor UKM, Professor
Dato’ Ir.Dr. Riza Atiq Abdullah bin Orang Kaya Rahmat telah menghadiri majlis
ini untuk merasmikan pertandingan tersebut. Majlis perasmian ini turut
diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh pelajar Kolej PERMATApintar.
Selepas majlis perasmian, peserta-peserta telah dibenarkan untuk rehat dan
membuat persediaan untuk pembentangan penyelidikan pada keesokan harinya.
Pada keesokan harinya pula iaitu 27
Julai 2016 bersamaan dengan hari rabu, sesi penilaian telah berlangsung. Sesi
ini dijalankan di ruang legar auditorium. Terdapat beberapa faktor yang
diketegahkan untuk menilai mereka seperti cara pembentangan, kecantikan booth
dan sebagainya. Terdapat banyak penyelidikan yang menarik yang saya dapati
ketika melawat booth-booth mereka seperti penyelidikan tentang lalang, bintang,
penapis air, mesin penjana elektrik, racun perosak, dan sebagainya. Saya amat
tertarik dengan sebuah penyelidikan yang ddiketuai oleh saudara Ku Nazhan iaitu
menggantikan lemak daging kepada lemak sayuran dalam daging burger.
Penyelidikan ini telah mendapat pingat gangsa pada ketika majlis penutup. Sesi
ini tamat pada waktu petang.
Pada hari ketiga iaitu hari terakhir
bersamaan dengan 28 Julai 2016 iaitu pada hari khamis, majlis yang
ditunggu-tunggu telah berlansung iaitu majlis penutup. Majlis ini bermula pada
jam 11 pagi dan dihadiri oleh naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor
Azlan Ghazali. Semua peserta amat gementar ketika ini kerana segala usaha yang
mereka telah lakukan akan diberi ganjaran pada majlis ini sama ada mendapat
pingat gangsa, pingat perak ataupun pingat emas. Terdapat juga empat anugerah
pembentangan terbaik yang dianugerahkan kepada empat peserta yang terbaik. Setelah acara
penyampaian pingat selesai, semua peserta berasa lega walaupun mereka mendapat
pingat gangsa. Para penonton juga turut disajikan dengan sebuah persembahan
oleh pelajar asas 2 Kolej PERMATApintar. Semua peserta mendapat banyak
pengalaman daripada pertandingan ini dan iFSC merupakan sebuah pertandingan
yang amat penting untuk pelajar.
0 comments:
Post a Comment