Thursday 14 April 2016

Jurnal (Bahasa Melayu) 11/4/16

 Hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi yang mengejutkan kerana kami telah menerima seorang tetamu yang istimewa. Beliau merupakan CEO kepada syarikat yang mengeluarkan majalah Readers' Digest. Ketibaan beliau yang mengejutkan memeranjatkan kami. Semasa sesi ucapan pelajar berlangsung, ucapan tersebut secara automatik menjadi satu ucapan yang rasmi dan berubah kepada ayat yang mempunyai bahasa baku.

 Beliau dan pembantu yang datang menemu ramah beberapa orang pelajar di sini dan menemu ramah cikgu matematik. Cikgu matematik kami merupakan bekas pelajar Kolej PERMATApintar tahun pertama dan salah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik di sekolah kami.

 Selepas peristiwa tersebut, perkara-perkara lain yang berlaku pada hari tersebut hanyalah perkara biasa yang berlaku setiap minggu. Apa yang tidak memuaskan hati saya adalah mempunyai rakan-rakan yang mana kebanyakannya merupakan musuh dalam selimut saya sendiri. Kesabaran dalam mengharungi kehidupan di kolej PERMATApintar amatlah sukar dan kesukaran itu ditambah dengan masalah pemikiran beberapa orang pelajar yang mana boleh dikatakan tidaklah matang sepenuhnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.