Monday 25 January 2016

Bahasa Melayu Tinggi

    Terhadap satu bentuk bahasa dalam bahasa Melayu yang dipanggil bahasa Melayu Tinggi. Gaya bahasa ini adalah satu bentuk ayat atau pertuturan yang digunakan dalam situasi-situasi yang tertentu sahaja. Contoh situasi yang perlu kita gunakan bahasa Melayu tinggi adalah ketika berucap atau berhujah dalam satu persidangan atau perbincangan yang diadakan secara rasmi, dalam penyebaran berita di televisyen dan radio. Ia digunakan sebagai bahasa baku atau standard. Istilah Bahasa tinggi juga merupakan satu bahasa yang tidak terlibat dalam bidang pelajaran yang beristilah Linguistik. Bermakan, bahasa Melayu tinggi tidak tergolong dalam pelajaran bahasa Melayu yang berkaitan dengan Fonetik dan Fonologi. 
      Bahasa Melayu tinggi telah wujud ketika zaman perkembangan bahasa Melayu. Ia merupakan satu bahasa yang digunakan dengan pada peringkat yang lebih tinggi dan menjadi satu faktor utama dalam penilaian budaya, adab dan etika seseorang. Seperti yang dirujuk pada nota bahasa Mealyu tinggi di pppnukm.wordpress.com, bahasa Melayu tinggi memang mendukung dalam pengertian  sosial yang mana kita dapat perbezaannya dengan bahasa rendah. Jadi, bahasa Melayu tinggi boleh dikaitkan dengan konsep budaya yang tinggi.
         Bahasa Melayu tinggi tidak boleh disamakan dengan penggunaan bahasa basahan. Bahasa Melayu juga selalu dikaitkan dengan bahasa persuratan. Akhir sekali, bahasa Melayu tinggi tidak boleh digunakan sebagai bahasa pertutran dalam kehidupan seharian pada masa kini keran ia boleh menimbulkan kepelikan dan kesilapan dalam memahami tujuan sebenar dalam komunikasi seseorang.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.