Monday 8 August 2016

Kerjaaa...

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Merka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Jawapan:
   Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang mana direka untuk memberikan manfaat kepada manusia melalui pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula dan pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Merka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.