Wednesday 30 March 2016

Jurnal (28/3/16)

Hari ini

  Ianya merupakan hari isnin yang tenang. Permulaan yg bagus telah dilakukan dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau. Diikuti dengan sarapan yang sederhana kadar kuantitinya. Bersihkan diri pada jam 715 pagi dan bersiap untuk ke perhimpunan rasmi sekolah. Perhimpunan tersebut berdirinya Prof. Noriah memberitahu bahawa jadual prep kami akan digubal untuk memanjangkan lagi tempoh prep tersebut. Ianya masih lagi dalam perancangan dan masih dibincangkan.

  PnP kami berjalan dengan normal dan teratur sehingga ke petang. Kami telah mendapat cikgu Matematik yang baru. Beliau merupakan batch pertama yang menghabiskan pengajiannya di PERMATApintar dan merupakan salah seorang yang bakal melanjutkan pelajarannya dalam PhD pada usia yang muda.

  Riadah pada hari ini hanyalah sekadar mengeluarkan peluh kerana jurulatih sofbol kami tidak dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut. Saya membuat keputusan untuk bermain badminton di dewan serbaguna.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.