Monday 8 August 2016

BM2 - SET 1

Soalan 3

a) i) Dingin- Suasana yang dingin menyebabkan kadar metabolisma dalam badan menjadi perlahan
                  - Datuk saya merupakan salah seorang penyumbang dalam kedamaian ketika perang dingin 
   ii)  Diam -  Diam merupakan tindakan yang terbaik ketika pergaduhan sedang berlaku.
                  - Dalam diam, beliau melakukan kezaliman terhadap rakyat-rakyatnya.
   iii) Haus  - Cuaca yang panas menyebabkan seseorang itu cepat haus.
                  - Tayar kereta Akmal haus kerana telah lama digunakan

b)  i) Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menari tarian zapin mengikut alunan rentak dan irama dengan lemah gemalainya.
    ii) Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada pemain kerana mengasari lawan.
   iii) Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai ketika perjalanan pulang ke Muar.

c) i) Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat
   ii) Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun
  iii) Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum dia tidur
d) i) Murid-murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.
   ii) Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.
  iii) Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ialah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa dalam mencapai segala impiannya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.