Tuesday 19 January 2016

Rumusan

Petikan ini membincangkan keburukan penggunaan internet dan cara untuk mengatasinya.
  Keburukan pertama ialah keupayaan internet menyebarkan maklumat dengan luas. Ini boleh menyebabkan masalah seperti penyeberan maklumat yang salah serta fitnah yang semakin cepat tersebar. Selain itu, kebebasan penyebaran maklumat juga membolehkan pengguna untuk menyebar perkara-perkara yang boleh menyinggung perasan orang di luar sana. Ini menyebabkan moral seseorang menjadi lebih teruk. Di samping itu, ramai pengguna internet yang menyebarkan pelbagai bahan dengan tidak mendapat kelulusan hakcipta terlebih dahulu. Ini adalah perkara yang salah di sisi undang-undang. Internet juga dapat membolehkan pelbagai penjualan barang yang haram seperti dadah menjadi lebih senang dan susah dikesan. Seterusnya dengan internet, penyebaran virus lebih mudah untuk menyerang komputer-komputer yang lain.. Akhir sekali, satu negara akan pecah-belah dan tidak bersatu-padu sekiranya parti politik menggunakan internet untuk menyebarkan pelbagai maklumat yang membentuk konflik. Ianya kerana masalah dalam pemahaman sesuatu hujah dan bukti-bukti yang susah untuk dipercayai.

   Walaubagaimanapun, ini boleh diatasi sekiranya pengguna dan pihak polis bekerjasama untuk menangkap pengguna yang salah menggunakan internet. Pasukan yang mengurus laman internet juga boleh mendirikan satu unit yang bertugas untuk mengawal penyebaran maklumat yang tidak elok.

    Kesimpulannya, Semua orang mempunyai tanggungjawab dalam menghentikan penyalahgunaan internet dan kita harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.













0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.