Monday 1 August 2016

Kuiz bahasa Melayu

Bina ayat menggunakan perkataan yang diberi
1) Kemas - Semua pelajar diarahkan untuk berpakaian kemas pada esok hari.
2) Mengemaskan - Para pemimpin perlu mengemaskan folio mereka untuk pembentangan pada       minggu hadapan
3) Kekemasan - Kekemasan khemah juga diambil kira dalam penilaian markah pertandingan.
4) Harga - Dikhabarkan bahawa harga minyak akan naik tidak lama lagi.
5)  Menghargai - Kita perlulah menghargai jasa guru-guru kita yang mana telah mengajar kita           sehingga menjadi seorang insan yang terbilang.
6) Penghargaan - Sijil pernghargaan itu telah disampaikan oleh Guru Besar kepada pelajar.

Aktif - Pasif
1) Buku-buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 itu telah dihasilkan oleh saya.
2) Sayur-sayuran di belakang rumah itu perlulah disiram oleh kamu pada setiap petang.
3) Latihan intensif yang bernama Program Latihan Khidmat Negara akan dijalankan kepada para pelatih selama tiga bulan.

Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
1) Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu
2) Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak               memudaratkan penduduk di sekitarnya.
3) Pengurus syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus       dalam jangka masa setahun.

Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa
1) Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
2) Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tibanya musim membajak padi
3) Selepas pilihan raya umum, kebiasaanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.