Petikan membincangkan cara-cara membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia
Cara-cara membendung pencemaran alam sekitar adalah, memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Selain itu, Kita juga perlu mengajar kanak-kanak membuang sampah di tempat yang disediakan seperti tong sampah. Cara-cara yang lain adalah mengumpul bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Seterusnya, kita boleh membendung pencemaran dengan berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraf tangan. Di samping itu, kita juga boleh mengelakkannya dengan mendermakan pakaian lama kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Malah, ia juga boleh dibendung dengan menjalankan program gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar
Kekangannya pula termasuklah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Ia juga disebabkan oleh penggunakan kenderaan bermotor seperti kereta dan lori yang mana asap yang dikeluarkan terlalu bahaya untuk alam sekitar. Malah, pembakaran secara terbuka juga merupakan satu faktor besar dalam pencemaran alam sekitar.
Kesimpulannya, setiap individu perlulah memberi peranan agar gerakan ini dapat memberi kesan yang secukupnya dalam membendung pencemaran ini dan perlulah diberi tindakan awal seperti pepatah yang menyatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan".
Tuesday 2 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
ALITERASI "Contohnya, pelaksanaan projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysia Vision Valley, Cyber City Center, R...
-
1. “Saya bersetuju dengan cadangan Encik Ghazali tadi kerana kita sebagai ibu bapa patut menyumbangkan tenaga secar...
-
Aku percaya kau. Tapi aku tak tahu kalau kau ambil kesempatan terhadap aku punya kepercayaan ke tak. Dua hari lepas, tuhan tunjuk apa yang ...
-
i) Istilah/kata - Pertandingan Tatabahasa - Di ii) Istilah/kata - Pendapatan Tatabahasa - Yang iii)Istilah/bahasa - Tatabaha...
-
Soalan 3 a) i) Dingin- Suasana yang dingin menyebabkan kadar metabolisma dalam badan menjadi perlahan - Datuk saya ...
Powered by Blogger.
Blog Archive
- August 2018 (7)
- July 2018 (5)
- January 2017 (1)
- October 2016 (2)
- August 2016 (6)
- July 2016 (1)
- May 2016 (1)
- April 2016 (4)
- March 2016 (5)
- February 2016 (2)
- January 2016 (3)
- July 2015 (1)
- April 2015 (1)
- March 2015 (1)
- February 2015 (11)
- November 2014 (10)
- October 2014 (4)
- August 2014 (7)
- July 2014 (1)
- May 2014 (22)
- April 2014 (17)
Total Pageviews
Blogger templates
Translate to your own Language
About Me
- Kamal Adlilolu
0 comments:
Post a Comment