Tuesday 9 August 2016

BM2 Set-2

a) Jalan
    i) Kita perlu melalui Jalan Raya itu terlebih dahulu sebelum masuk ke jalan kampung
   ii) Kita perlu jalan untuk menyelesaikan masalah ini.
    Lepas
    i) Saya secara tidak sengaja menghilangkan telefon saya pada minggu lepas
   ii) Arman terpaksa melepaskan harimau peliharaannya disebabkan oleh undang-undang negara.
    Tawar
    i) Telur yang dimasak oleh tukang masak ini berasa sedikit tawar
   ii) Amin telah tawar hati dalam meminjamkan duit kepada kawannya yang disangka boleh
       dipercayai.

b) i) Mandi di sungai budak-budak itu
   ii) Sedang sakit tenat adik Nurina di hospital.
  iii) Sungguh cantik cincin yang betatahkan berlian itu.
  iv) berkejar-kejaran di taman permainan kanak-kanak itu.
   v) Pada awal pagi sungguh dingin keadaan suhu di atas Bukit Melawati..
  vi) Sejak sepuluh tahun yang lalu tidak berpenghuni rumah besar di atas bukit itu.

c) i) Pekerja di kilang tersebut sedang memproses isi buah nanas yang akan direbus dengan air gula.
   ii) Cikgu Zulaikha meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke klinik untuk
        mendapatkan rawatan pada pagi itu
  iii) Peminat-peminat Siti Norhaliza yang ingin menyaksikan pertujukannya berasa kecewa apabila
       diberitahu bahawa pertunjukannya itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.

d) i) Dato' Shamsuddin mendapatkan rawatan di Pusat Rawtan Tawakal untuk mengubati
        penyakit kanser hati yang dihadapinya.
   ii) Kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada di
        dalam keadaan yang stabil dan selamat .
  iii) "Kertas cadangan ini perlu dihalusi dengan telitinya sebelum kami ajukan permohonan tuan
        kepada ahli lembaga pengarah," kata Murad kepada Rohani.
Read More ->>

Monday 8 August 2016

BM2 - SET 1

Soalan 3

a) i) Dingin- Suasana yang dingin menyebabkan kadar metabolisma dalam badan menjadi perlahan
                  - Datuk saya merupakan salah seorang penyumbang dalam kedamaian ketika perang dingin 
   ii)  Diam -  Diam merupakan tindakan yang terbaik ketika pergaduhan sedang berlaku.
                  - Dalam diam, beliau melakukan kezaliman terhadap rakyat-rakyatnya.
   iii) Haus  - Cuaca yang panas menyebabkan seseorang itu cepat haus.
                  - Tayar kereta Akmal haus kerana telah lama digunakan

b)  i) Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menari tarian zapin mengikut alunan rentak dan irama dengan lemah gemalainya.
    ii) Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada pemain kerana mengasari lawan.
   iii) Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai ketika perjalanan pulang ke Muar.

c) i) Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat
   ii) Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun
  iii) Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum dia tidur
d) i) Murid-murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.
   ii) Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.
  iii) Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ialah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa dalam mencapai segala impiannya.
Read More ->>

Kerjaaa...

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Merka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

Jawapan:
   Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang mana direka untuk memberikan manfaat kepada manusia melalui pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula dan pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Merka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
Read More ->>

Tuesday 2 August 2016

Rumusan

Petikan membincangkan cara-cara membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia

  Cara-cara membendung pencemaran alam sekitar adalah, memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Selain itu, Kita juga perlu mengajar kanak-kanak membuang sampah di tempat yang disediakan seperti tong sampah. Cara-cara yang lain adalah mengumpul bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Seterusnya, kita boleh membendung pencemaran dengan berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraf tangan. Di samping itu, kita juga boleh mengelakkannya dengan mendermakan pakaian lama kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Malah, ia juga boleh dibendung dengan menjalankan program gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar

  Kekangannya pula termasuklah sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Ia juga disebabkan oleh penggunakan kenderaan bermotor seperti kereta dan lori yang mana asap yang dikeluarkan terlalu bahaya untuk alam sekitar. Malah, pembakaran secara terbuka juga merupakan satu faktor besar dalam pencemaran alam sekitar.

   Kesimpulannya, setiap individu perlulah memberi peranan agar gerakan ini dapat memberi kesan yang secukupnya dalam membendung pencemaran ini dan perlulah diberi tindakan awal seperti pepatah yang menyatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan".
Read More ->>

Monday 1 August 2016

Kuiz bahasa Melayu

Bina ayat menggunakan perkataan yang diberi
1) Kemas - Semua pelajar diarahkan untuk berpakaian kemas pada esok hari.
2) Mengemaskan - Para pemimpin perlu mengemaskan folio mereka untuk pembentangan pada       minggu hadapan
3) Kekemasan - Kekemasan khemah juga diambil kira dalam penilaian markah pertandingan.
4) Harga - Dikhabarkan bahawa harga minyak akan naik tidak lama lagi.
5)  Menghargai - Kita perlulah menghargai jasa guru-guru kita yang mana telah mengajar kita           sehingga menjadi seorang insan yang terbilang.
6) Penghargaan - Sijil pernghargaan itu telah disampaikan oleh Guru Besar kepada pelajar.

Aktif - Pasif
1) Buku-buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 itu telah dihasilkan oleh saya.
2) Sayur-sayuran di belakang rumah itu perlulah disiram oleh kamu pada setiap petang.
3) Latihan intensif yang bernama Program Latihan Khidmat Negara akan dijalankan kepada para pelatih selama tiga bulan.

Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
1) Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu
2) Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak               memudaratkan penduduk di sekitarnya.
3) Pengurus syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus       dalam jangka masa setahun.

Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa
1) Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
2) Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tibanya musim membajak padi
3) Selepas pilihan raya umum, kebiasaanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri
Read More ->>

IFSC 2016

Sebuah pertandingan penyelidikan iaitu International Future Scientists Conference (iFSC) telah berlangsung di Pusat PERMATApintar Negara pada 26 Julai 2016. Lebih dari 200 pelajar dari 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut termasuk Kolej PERMATApintar. Program ini dijalankan di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Semua peserta daripada luar hendaklah bermalam sama ada di Kolej PERMATApintar ataupun Kolej Keris Mas.
          Pada hari pertama iaitu 26 Julai 2016 bersamaan dengan hari selasa, sesi pendaftaran dan penghiasan booth telah berlangsung. Peserta-peserta telah membuat persediaan terakhir sebelum pertandingan bermula. Acara perasmian telah bermula pada pukul 2 petang itu di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Timbalan Naib Canselor UKM, Professor Dato’ Ir.Dr. Riza Atiq Abdullah bin Orang Kaya Rahmat telah menghadiri majlis ini untuk merasmikan pertandingan tersebut. Majlis perasmian ini turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh pelajar Kolej PERMATApintar. Selepas majlis perasmian, peserta-peserta telah dibenarkan untuk rehat dan membuat persediaan untuk pembentangan penyelidikan pada keesokan harinya.
          Pada keesokan harinya pula iaitu 27 Julai 2016 bersamaan dengan hari rabu, sesi penilaian telah berlangsung. Sesi ini dijalankan di ruang legar auditorium. Terdapat beberapa faktor yang diketegahkan untuk menilai mereka seperti cara pembentangan, kecantikan booth dan sebagainya. Terdapat banyak penyelidikan yang menarik yang saya dapati ketika melawat booth-booth mereka seperti penyelidikan tentang lalang, bintang, penapis air, mesin penjana elektrik, racun perosak, dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan sebuah penyelidikan yang ddiketuai oleh saudara Ku Nazhan iaitu menggantikan lemak daging kepada lemak sayuran dalam daging burger. Penyelidikan ini telah mendapat pingat gangsa pada ketika majlis penutup. Sesi ini tamat pada waktu petang.


          Pada hari ketiga iaitu hari terakhir bersamaan dengan 28 Julai 2016 iaitu pada hari khamis, majlis yang ditunggu-tunggu telah berlansung iaitu majlis penutup. Majlis ini bermula pada jam 11 pagi dan dihadiri oleh naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Semua peserta amat gementar ketika ini kerana segala usaha yang mereka telah lakukan akan diberi ganjaran pada majlis ini sama ada mendapat pingat gangsa, pingat perak ataupun pingat emas. Terdapat juga empat anugerah pembentangan terbaik yang dianugerahkan kepada empat  peserta yang terbaik. Setelah acara penyampaian pingat selesai, semua peserta berasa lega walaupun mereka mendapat pingat gangsa. Para penonton juga turut disajikan dengan sebuah persembahan oleh pelajar asas 2 Kolej PERMATApintar. Semua peserta mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan ini dan iFSC merupakan sebuah pertandingan yang amat penting untuk pelajar.
Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.