Thursday 14 April 2016

Jurnal 14/4/16

Hari ini dikejutkan dengan kematian ibu saudara kepada kawan saya. Sama-samalah kita berdoa membacakan yassin kepadanya. Alang-alang sudah malam jumaat. Kenapa kita tidak selitkan sekali doa untuknya. Melainkan kamu tidak mahu membacanya. Haha.

 Hari ini, saya ingin mengbincangkan sedikit tentang persahabatan. Kenapa kita perlukan kawan. Kenapa kita perlu memilih kawan, apakah definisi seorang kawan yang kita perlu fahami. Kawan ini adalah satu objek yang kita menemani kita, berjuang bersama-sama dengan kita, membantu kita, mendorong kita, keluarga kita, sahabat kita. Kawan yang kita cari perlulah seorang yang memahami dan tidak mengangkat darjatnya sendiri setinggi awan di langit. Saya mempunyai seorang kawan yang boleh dikatakan menghina saya kerana latar belakang saya tidaklah sebagusnya dan membuatkan dia menjadi seorang yang selalu menghina dan tidak hormati saya [ada kebanyakan waktu. Cadangan saya tidak didengari, malah mengelak pertanyaan saya terhadapnya, juga disertakan mukanya yang tidak puas hati terhadap sesuatu yang ada pada diri saya. Jadi, kawan yang sebegini perlulah kita jauhi walaupun dia merupakan seorang yang bijak pandai. Apa guna bijak pandai jika dia masih lagi mengamalkan sikap pilih kasih. Itu sahaja. Pilihlah kawan anda dengan betul dan berhemah. Relakan bersendirian berbanding beekawan dengan seseorang yang tidak menerima diri anda
Read More ->>

Jurnal 13/4/16

 Hari ini kami memakai pakaian sukan kerana mempunyai aktiviti yang istimewa bersama cikgu Matematik kami. Disebabkan cuaca yang panas dan aktiviti ini dilakukan di luar, kami perlu memakai pakaian yang sesuai dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak diserang dengan apa-apa penyakit yang berbahaya.

 Jadi, tentang perkara yang berlaku pada hari yang lepas telah mengubah saya dan semestinya mengubah saya menjadi lebih teruk. Apa yang saya boleh buat, tiada rakan yang boleh dipercayai untuk meminta pertolongan tiada guru yang boleh saya cari untuk mendapatkan nasihat. Jadi, satu lagi perkara yang mendatangkan masalah kepada saya. Sudah timbulnya aura kejahatan dalam diri ini. Bersedialah dunia.
Read More ->>

Jurnal 12/4/16

Hari ini adalah hari Selasa

yaa.. Selasa

  Hari ini saya berasa sangat kecewa kerana saya secara tidak sengaja menyerlahkan sikap saya pada zaman silam. Ditambah dengan pemerhatian cikgu terhadap sikap tersebut membuatkan cikgu tersebut tidak berpuas hati denga saya. Motivasi dan semangat saya dalam memperbetulkan diri sendiri berkurang dengan mendadak dan ianya amatlah buruk kesannya terhadap saya. Sikap yang diserlahkan terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan keadaan sekeliling. Ia juga disebabkan oleh beberapa pihak yang tidak menghormati minat pihak yang lain dalam melakukan sesuatu seperti lagu kesukaan dan hobi yang dilakukan setiap hari.

  Walaupun hajat saya ini tidak baik, saya rasa ianya berbaloi kerana hati ini telah menyimpan banyak kemarahan silam dan ianya berasa seperti ingin dilepaskan dalam satu das yang besar. Tetapi, saya masih lagi berfikir bila dan di mana saya ingin lepaskannya. Ya, suatu perkara yang buruk perlu difikir untuk dilakukan pada waktu bila dan di mana tempatnya.
Read More ->>

Jurnal (Bahasa Melayu) 11/4/16

 Hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi yang mengejutkan kerana kami telah menerima seorang tetamu yang istimewa. Beliau merupakan CEO kepada syarikat yang mengeluarkan majalah Readers' Digest. Ketibaan beliau yang mengejutkan memeranjatkan kami. Semasa sesi ucapan pelajar berlangsung, ucapan tersebut secara automatik menjadi satu ucapan yang rasmi dan berubah kepada ayat yang mempunyai bahasa baku.

 Beliau dan pembantu yang datang menemu ramah beberapa orang pelajar di sini dan menemu ramah cikgu matematik. Cikgu matematik kami merupakan bekas pelajar Kolej PERMATApintar tahun pertama dan salah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik di sekolah kami.

 Selepas peristiwa tersebut, perkara-perkara lain yang berlaku pada hari tersebut hanyalah perkara biasa yang berlaku setiap minggu. Apa yang tidak memuaskan hati saya adalah mempunyai rakan-rakan yang mana kebanyakannya merupakan musuh dalam selimut saya sendiri. Kesabaran dalam mengharungi kehidupan di kolej PERMATApintar amatlah sukar dan kesukaran itu ditambah dengan masalah pemikiran beberapa orang pelajar yang mana boleh dikatakan tidaklah matang sepenuhnya.
Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.