Wednesday 29 April 2015

Cultural Day 28 & 29 April 2015

Dua hari yang lalu, Pihak Kolej PERMATApintar telah mengadakan festival yang dinamakan Cultural Day. Cultural Day ini diadakan dengan kewujudan beberapa culture iaitu Jepun, Jerman, Perancis, Mexico, Borneo, Korea dan Arab. Saya dan beberapa lagi rakan telah menyertai cultural Jepun. Dalam culture tersebut, Ketua telah membahagikan kami kepada beberapa buah kumpulan iaitu, Pakaian, Makanan, Pembentangan, dan Persembahan. Saya telah menyertai Persembahan dan Pakaian yang mana telah menolong senior dan rakan saya iaitu Asnad dan Muaz untuk menjayakan persembahan tersebut. Akan tetapi, saya diam bagaikan kayu yang tegak dan tiada fungsi ketika berbincang tentang pakaian tradisional culture tersebut. Pada waktu petang sebelum hari jualan booth. Pihak pakaian telah siap melakukan tugasan. Saya terus berasa bosan pada waktu tersebut. Jadi, saya bercadang untuk menolong sedikit-sebanyak pihak makanan untuk membuat makanan yang telah dibincang. Ada Sushi, Onigiri, Oocha, Dorayaki, dan lain-lain.

Pada waktu persembahan, Kumpulan Jepun telah melakukan yang terbaik dan berjaya membuat persembahan dengan sempurna. Pihak booth telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk datang dan menjenguk serta membeli makanan-makanan yang disediakan oleh pihak makanan.

Semua telah melakukan kerja yang baik dan telah melakukannya sehabis baik. Sanggup berjaga lewat malam demi menyiapkan tugasan yang diberi. Saya Berasa gembira pada 2 hari tersebut walaupun keletihan . Dan saya tidak menyesal dan bangga memilih Cultural Jepun 

Sekian....:) 
Read More ->>

Sunday 1 March 2015

Journal (Bahasa Melayu) 28/2/15

Hari ini, saya telah mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang mana saya telah menyertai unit beruniform Kadet Pertahanan Awam dan menyertai sukan Bola Tampar. Pada waktu Pagi, saya berlatih berkawad di padang dengan tiga orang pengajar yang datang dari pusat PJAM di Bangi untuk mengajar kawad tersebut. Pada waktu petang, saya dan rakan-rakan pergi ke padang UKM untuk berlatih Bola Tampar dari pukul 2 - 5.30 Petang. Ianya memang seronok. Tetapi, saya masih lagi tidak tahu bila peluang yang saya boleh ambil untuk mewakili sekolah dalam sukan Bola Tampar.

Sekian....
Read More ->>

Wednesday 25 February 2015

Journal (Bahasa Melayu) 25/2/15

Hari ini, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Siswazah untuk mendengar ceramah yang bertajuk Healthy food for Smart Mind yang disampaikan oleh Prof. Dr. Aminah. Ceramah tersebut berjalan dari pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Ianya ceramah yang amat bagus dan perlu didengari untuk mengenal pasti makanan yang halal dan yang haram.

Sekian....
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 24/2/15

Hari Selasa,

Hari ini, saya tidak mempunyai idea untuk menulis kerana hari ini tiada perkara yang ajaib berlaku dan saya memang berasa bosan pada hari tersebut. Bosan~~

Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 23/2/15

Salam Sejahtera

Hari ini, saya telah memeriksa kertas kajian yang diberi oleh Dr. Rorlinda pada sesi S.Development yang mana ingin mencari kelebihan diri dan Kekurangan yang ada dalam diri. Saya dapat mengenal pasti kelebihan saya iaitu seorang yang kuat menolong, suka bercakap dan banyak lagi.
Tetapi, ada satu benda yang saya tidak berpuas hati iaitu, Ketelusan perlu mengikut jawapan dari kertas jawapan. Salah satu soalannnya ialah
'Saya tidak pernah bercinta dalam hidup saya' dan jawapannya adalah tidak. Adakah orang yang betul-betul tidak bercinta perlu menipu untuk menjawab tidak. Adakah pelajar terpaksa salah di soalan tersebut. Saya adalah pelajar tersebut dan saya memang tidak berpuas hati dengan paksaan tersebut. Walaupun saya jujur menjawabnya dan saya salah pada soalan tersebut.

Sekian...
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 18/1/15

Selamat Sejahtera.

Hari ini akan didatangi pelajar-pelajar baru yang berumur 12,13 dan 15,16 tahun sebagai Foundation 1 dan Level 1 pada tahun 2015 di Pusat Permatapintartm Negara. Saya berasa gembira kerana saya telah mendapat rakan sebilik yang sama negeri dengan saya. Jadi, ia membuatkan saya lebih senang untuk berkomunikasi dengannya. Foundation 2 akan mendapat rakan sebilik sama ada Level 1 ataupun Foundation 1. Lebihan Foundation 1 akan berada sebilik dengan Level 1 yang lain. Ianya agak janggal kerana perlu berkenalan dengan pelajar-pelajar baru yang mana kali pertama jumpa dan tidak pernah terlihat sebelum ini.

Mugkin itu Sahaja pada Hari ini, Sekian.....
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 12/1/15

Sudah lama saya tidak menulis refleksi diri kerana ketiadaan eletrik pada cuti sebelem ini. Terasa bersemangat sikit untuk menulis.

Hari ini adalah hari yang dimana saya akan pulang ke kolej yang mana telah ditinggalkan selama dua bulan. Benda yang paling buruk yang terjadi pada hari ini ialah apabila saya telah mengetahui bahawa bilik saya adalah D47 yang mana berada di aras 3 di Blok D. Ianya memang sukar untuk mengangkat barang yang berat dan juga tenaga yang digunakan amatlah banyak.

Itu sahaja daripada saya, Sekian...
Read More ->>

KehidupanKu semasa cuti akhir semesta

Selamat Sejahtera dan Salam satu Malaysia.

Hari ini, saya ingin menceritakan pengalaman dan pengembaraan yang saya perolehi ketika cuti akhir semesta tahun 2014. Cuti pada tahun ini amat berbeza kerana perkara yang luar biasa berlaku dengan penuh kejutan.
      Cuti yang bermula pada 5/11/2014 hingga 12/1/2015 adalah sesi dimana saya mempelajari cara-cara untuk hidup dan menjadi manusia yang sebenar. Ianya bagaikan hidup pada zaman 1960-an yang mana hidup tanpa gadjet dan barang eletronik yang ada pada zaman sekarang yang moden ini. Akhirnya, saya dapat merasakan dan menikmati keindahan dan kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat pada zaman 1960-an, Ianya bagaikan cabaran bagi saya untuk melakukan sesuatu benda dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyiapkan kerja sekolah dan menolong ibu dan ayah melakukan kerja harian.
     Banjir yang telah melanda menyebabkan pencawang eletrik terpaksa ditutup untuk menjamin keselamtan peduduk kampung dari kejutan eletrik melalui air. Pegalaman yang paling seronok yang saya pelajari adalah memasang pukat di dalam air dan akan mendapat banyak habuan seperti: Ular, Ikan, Belut, Lintah dan sebagainya. Apabila berlakunya peristiwa ini, kesihatan dan keselamatan adalah benda yang paling diutamakan.

Sekian...
Read More ->>

Peta Minda Nota tatabahasa 2


Read More ->>

Peta minda nota tatabahasa 1


Read More ->>

Sunday 22 February 2015

Popular Posts

Powered by Blogger.