Wednesday 29 April 2015

Cultural Day 28 & 29 April 2015

Dua hari yang lalu, Pihak Kolej PERMATApintar telah mengadakan festival yang dinamakan Cultural Day. Cultural Day ini diadakan dengan kewujudan beberapa culture iaitu Jepun, Jerman, Perancis, Mexico, Borneo, Korea dan Arab. Saya dan beberapa lagi rakan telah menyertai cultural Jepun. Dalam culture tersebut, Ketua telah membahagikan kami kepada beberapa buah kumpulan iaitu, Pakaian, Makanan, Pembentangan, dan Persembahan. Saya telah menyertai Persembahan dan Pakaian yang mana telah menolong senior dan rakan saya iaitu Asnad dan Muaz untuk menjayakan persembahan tersebut. Akan tetapi, saya diam bagaikan kayu yang tegak dan tiada fungsi ketika berbincang tentang pakaian tradisional culture tersebut. Pada waktu petang sebelum hari jualan booth. Pihak pakaian telah siap melakukan tugasan. Saya terus berasa bosan pada waktu tersebut. Jadi, saya bercadang untuk menolong sedikit-sebanyak pihak makanan untuk membuat makanan yang telah dibincang. Ada Sushi, Onigiri, Oocha, Dorayaki, dan lain-lain.

Pada waktu persembahan, Kumpulan Jepun telah melakukan yang terbaik dan berjaya membuat persembahan dengan sempurna. Pihak booth telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk datang dan menjenguk serta membeli makanan-makanan yang disediakan oleh pihak makanan.

Semua telah melakukan kerja yang baik dan telah melakukannya sehabis baik. Sanggup berjaga lewat malam demi menyiapkan tugasan yang diberi. Saya Berasa gembira pada 2 hari tersebut walaupun keletihan . Dan saya tidak menyesal dan bangga memilih Cultural Jepun 

Sekian....:) 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.