Monday 25 January 2016

Bahasa Melayu Tinggi

    Terhadap satu bentuk bahasa dalam bahasa Melayu yang dipanggil bahasa Melayu Tinggi. Gaya bahasa ini adalah satu bentuk ayat atau pertuturan yang digunakan dalam situasi-situasi yang tertentu sahaja. Contoh situasi yang perlu kita gunakan bahasa Melayu tinggi adalah ketika berucap atau berhujah dalam satu persidangan atau perbincangan yang diadakan secara rasmi, dalam penyebaran berita di televisyen dan radio. Ia digunakan sebagai bahasa baku atau standard. Istilah Bahasa tinggi juga merupakan satu bahasa yang tidak terlibat dalam bidang pelajaran yang beristilah Linguistik. Bermakan, bahasa Melayu tinggi tidak tergolong dalam pelajaran bahasa Melayu yang berkaitan dengan Fonetik dan Fonologi. 
      Bahasa Melayu tinggi telah wujud ketika zaman perkembangan bahasa Melayu. Ia merupakan satu bahasa yang digunakan dengan pada peringkat yang lebih tinggi dan menjadi satu faktor utama dalam penilaian budaya, adab dan etika seseorang. Seperti yang dirujuk pada nota bahasa Mealyu tinggi di pppnukm.wordpress.com, bahasa Melayu tinggi memang mendukung dalam pengertian  sosial yang mana kita dapat perbezaannya dengan bahasa rendah. Jadi, bahasa Melayu tinggi boleh dikaitkan dengan konsep budaya yang tinggi.
         Bahasa Melayu tinggi tidak boleh disamakan dengan penggunaan bahasa basahan. Bahasa Melayu juga selalu dikaitkan dengan bahasa persuratan. Akhir sekali, bahasa Melayu tinggi tidak boleh digunakan sebagai bahasa pertutran dalam kehidupan seharian pada masa kini keran ia boleh menimbulkan kepelikan dan kesilapan dalam memahami tujuan sebenar dalam komunikasi seseorang.
Read More ->>

Tuesday 19 January 2016

Rumusan

Petikan ini membincangkan keburukan penggunaan internet dan cara untuk mengatasinya.
  Keburukan pertama ialah keupayaan internet menyebarkan maklumat dengan luas. Ini boleh menyebabkan masalah seperti penyeberan maklumat yang salah serta fitnah yang semakin cepat tersebar. Selain itu, kebebasan penyebaran maklumat juga membolehkan pengguna untuk menyebar perkara-perkara yang boleh menyinggung perasan orang di luar sana. Ini menyebabkan moral seseorang menjadi lebih teruk. Di samping itu, ramai pengguna internet yang menyebarkan pelbagai bahan dengan tidak mendapat kelulusan hakcipta terlebih dahulu. Ini adalah perkara yang salah di sisi undang-undang. Internet juga dapat membolehkan pelbagai penjualan barang yang haram seperti dadah menjadi lebih senang dan susah dikesan. Seterusnya dengan internet, penyebaran virus lebih mudah untuk menyerang komputer-komputer yang lain.. Akhir sekali, satu negara akan pecah-belah dan tidak bersatu-padu sekiranya parti politik menggunakan internet untuk menyebarkan pelbagai maklumat yang membentuk konflik. Ianya kerana masalah dalam pemahaman sesuatu hujah dan bukti-bukti yang susah untuk dipercayai.

   Walaubagaimanapun, ini boleh diatasi sekiranya pengguna dan pihak polis bekerjasama untuk menangkap pengguna yang salah menggunakan internet. Pasukan yang mengurus laman internet juga boleh mendirikan satu unit yang bertugas untuk mengawal penyebaran maklumat yang tidak elok.

    Kesimpulannya, Semua orang mempunyai tanggungjawab dalam menghentikan penyalahgunaan internet dan kita harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.













Read More ->>

Friday 15 January 2016

Re-Orientasi Pelajar


UKM 5/1/2016 - Terdapat 210 orang pelajar telah mengikuti satu program yang mana dinamakan program Re-Orientasi pelajar Pusat PERMATApintar Negara. Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk menyedarkan kembali pelajar dengan sasaran sebenarnya hidup di Kolej ini. Program ini telah dijalankan selama beberapa jam dan mempunyai pelbagai bahagian.pada awal pagi, majlis tersebut bermula dengam taklimat tentang Kolej PERMATApintar yang disampaikan oleh Prof, Dato' Dr. Noriah. Yang kedua berkaitan dengan hal ehwal pelajar yang menekankan dengam disiplin dam adab2 yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar. Pada waktu petang, taklimat daripada pihak kaunseling bermula dengan ucapan dari kaunselor kami yang baru dan seterusnya kaunselor2 yang lain. Ianya juga tentang biasiswa dan pengurusan baju sekolah yang baru.
  Kelebihan menjadi pelajar yang paling lama tinggal di PERMATA bukanlah satu benda yang boleh kita libatkan untuk mendapat kehormatan diri. Taklimat ringkas mengenai kokurikulum dari En. Mior sangatlah membantu dan beliau melakukan tugas dengan baik dan menyampaikan maklumat dengan jelas sekali. Pada waktu malam, taklimat yang terakhir dilakukan oleh felo dan warden kolej iaitu En.Fadzil dan rakan2nya yang mana bertanggungjawab tentang kehidupan kami di asrama. itu sahaja


Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.