Friday 27 July 2018

Aku budak kampung

Bila datang ke sini,
Seperti bukan berada di bumi,
Apa itu? Apa ini?
Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Jakunnya diri ini,
ditertawa amat sekali,
Oleh kawan-kawan sendiri,
Kerana kurang ilmu dalam diri.

Tidak boleh lakukan apa-apa,
Aku hanya diajar redha,
Walau apa jua perkara,
Kerana bukan aku yang meminta.

Beruntung kamu,
Ada semua yang diperlu,
Bukan seperti aku,
Yang tidak banyak tahu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.