Tuesday 31 July 2018

Takpe aku ada

aku just ada kau je. Dan kau selalu sedia untuk mendengar masalah aku. Aku hargai sangat2. Thanks gila do.

Tapi kau dah ada banyak tempat untuk kau luahkan masalah kau. So, takpe. Tapi, bila tempat2 tu dah takde or hilang ke apa. Jangan risau, aku akan selalu ada sedia untuk dengar masalah kau. Walaupun aku ni dikira sebagai last choice.

Read More ->>

Monday 30 July 2018

Sakit

Apa guna kalau aku kejar dia. Tapi dia lagi rapat dengan orang lain. Dan semua benda dia cerita kat orang tu dan Bukan aku. Aku ni dikira syok sendiri ke apa? She told me that she loves me. Tapi, perilakunya tak melambangkan apa yang diberitahu. Aku ni syok sendiri ke? Apa aku patut buat? Apa aku patut buat? A meluahkan masalahnya dekat B, tapi B meluahkan masalahnya dekat C. And you know what? setiap kali sakit, aku cuba pujuk diri sendiri untuk fikir positif pasal benda ni sebab dia kata dia sayang aku. Tapi aku tak rasa benda ni aku boleh buat sampai bila-bila. Aku pun makin lama makin penat dengan benda ni.

P.S. tak perlu la lari. Buat lek sudahla

Read More ->>

Sunday 29 July 2018

Apa masalah aku?

Apa yang tak kena ni?
Asal aku camni?
Camne boleh sampai jadi camni?
Apa aku patut buat?
Kenapa sakit sangat ni?
Camne aku nak tahan ni?
Camne aku nak hilangkan ni?
Camne aku nak rempuh benda2 ni?

Read More ->>

Saturday 28 July 2018

Positiveness is the key

apa2 perkara yang kamu hadapi. Mungkin kadang2 ada certainnye kamu anggap macam keterlaluan. Seperti kamu memang tidak mampu untuk hadapi . Ada yang sampai tahap ingin bunuh diri disebabkan perkara itu terlalu berat.

Tetapi percayalah, setiap halangan dan ujian yang dihadapi. Pasti ada hikmah disebaliknya. Diri kami sebagai manusia, hanya perlu percayakannya dan cuba untuk merempuh rintangan yang dibawanya. Hadamkan dalam pemikiran bahawa diri kamu itu boleh melakukannya, boleh mengharunginya. Masalah akan menjadi lebih susah untuk diselesaikan jika diri kami sendiri tidak yakin sama ada kamu mampu ataupun tidak. Positif dan percayakan diri kamu Mal.

Read More ->>

Friday 27 July 2018

Aku budak kampung

Bila datang ke sini,
Seperti bukan berada di bumi,
Apa itu? Apa ini?
Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Jakunnya diri ini,
ditertawa amat sekali,
Oleh kawan-kawan sendiri,
Kerana kurang ilmu dalam diri.

Tidak boleh lakukan apa-apa,
Aku hanya diajar redha,
Walau apa jua perkara,
Kerana bukan aku yang meminta.

Beruntung kamu,
Ada semua yang diperlu,
Bukan seperti aku,
Yang tidak banyak tahu.

Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.