Tuesday 28 October 2014

Selamatkan Planet Kita!!!! (Save our planet!!!)

Setelah saya menonton video ini, saya sedar bahawa bumi kita yang disayangi ini sudah bergerak ke dalam fasa kemusnahan dan kerosakan yang teruk. Kemusnahan ini disebabkan pencemaran alam sekitar yang melampau. Tetapi, kita juga perlu tahu, manusia mencipta kemudahan-kemudahan tersebut untuk keperluan manusia seharian. Kita perlu memikirkan sesuatu untuk mempertahankan kesejahteraan dan keadaan bumi kita daripada menjadi lebih teruk. . Ianya boleh menyebabkan hidupan-hidupan  didalam air terancam dan akan mati disebabkan kelakuan manusia. Air hujan pada zaman sekarang amat berbahaya berbanding hujan pada zaman dulu. Dengan ini, kita perlu bersatu untuk mempertahankan bumi kita dengan:
  1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya
  2. Mengelakkan membuang sampah merata-rata
  3. Menjaga Sungai daripada tercemar
  4. lain-lain


Kesimpulannya, kita perlulah berusaha walaupun perlu seorang diri ataupun berkumpulan. Adakah kita mahu hidup dalam suasana yang tidak disenangi dan tidak selesa? Adakah kita mahu hidup dalam keadaan yang berbahaya? Adakah kita mahu hidup dalam suasana yang amat panas dan membakar diri? Jadi perlulah bermula sekarang, berusaha demi keamanan Bumi. Kita tidak memerlukan kuasa yang luar biasa untuk menjadi seorang wira.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.