Tuesday 28 October 2014

Selamatkan Planet Kita!!!! (Save our planet!!!)

Setelah saya menonton video ini, saya sedar bahawa bumi kita yang disayangi ini sudah bergerak ke dalam fasa kemusnahan dan kerosakan yang teruk. Kemusnahan ini disebabkan pencemaran alam sekitar yang melampau. Tetapi, kita juga perlu tahu, manusia mencipta kemudahan-kemudahan tersebut untuk keperluan manusia seharian. Kita perlu memikirkan sesuatu untuk mempertahankan kesejahteraan dan keadaan bumi kita daripada menjadi lebih teruk. . Ianya boleh menyebabkan hidupan-hidupan  didalam air terancam dan akan mati disebabkan kelakuan manusia. Air hujan pada zaman sekarang amat berbahaya berbanding hujan pada zaman dulu. Dengan ini, kita perlu bersatu untuk mempertahankan bumi kita dengan:
  1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya
  2. Mengelakkan membuang sampah merata-rata
  3. Menjaga Sungai daripada tercemar
  4. lain-lain


Kesimpulannya, kita perlulah berusaha walaupun perlu seorang diri ataupun berkumpulan. Adakah kita mahu hidup dalam suasana yang tidak disenangi dan tidak selesa? Adakah kita mahu hidup dalam keadaan yang berbahaya? Adakah kita mahu hidup dalam suasana yang amat panas dan membakar diri? Jadi perlulah bermula sekarang, berusaha demi keamanan Bumi. Kita tidak memerlukan kuasa yang luar biasa untuk menjadi seorang wira.
Read More ->>

Wednesday 22 October 2014

Nama Gelaran


Ikhtisas

Gelaran ikhtisas adalah gelaran yang didapati oleh kejayaan dalam pelajaran dan ikhtisas. Pangkat gelaran digunakan pada tahap pelajaraan yang diplejari. Contoh gelarannya adalah:
1)      Profesor Diraja = sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akademik
                                 Atau diketahui sebagai P.H.D
2)      Profesor Emertius = Professor yang telah bersara dalam kerjayanya
          Gelaran itu kekal sebagai tanda penghormatan
3)      Profesor = Sudah mencapai tahap yang paling tinggi dalam bidang akademik
                    Gelaran yang boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan
4)      Profesor Madya = Satu pangkat yang berada di bawah profesor
                                 Gelaran yang boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan
5)      Doktor = Gelaran berkelulusan dokto falsafah
                 Penerima doktor kehormat
6)      Cikgu = Orang yang menjadi guru (pendidik)
7)      Ustaz/Ustazah = Guru agam islam

Gelaran Keturunan

Gelaran warisan adalah gelaran yang didapati sejak kecil. Gelaran warisan terdiri daripada 4 jenis:
1)      Golongan Raja
2)      Golongan Pembesar-pembesar
3)      Golongan keturunan Nabi

Golongan keturunan raja

Raja(Perak, Selangor),
Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda(Brunei Darussalam)
Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar;

Megat dan Puteri (Perak),
Nik(Kelantan),
Wan(Kelantan, Terengganu),
Abang (Sarawak);
Datu (Sabah),
Awangku, Pangerandan Dayangku(Brunei Darussalam),
Tan (di Kedah)
Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

syed
sayid bagi lelaki
Syarifahbagi perempuan.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran :
Syarif,
Syekh
Siti
juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia

Raden(Jawa),
Daeng (Bugis),
Sidi, Sutan(Minangkabau),
Teuku,Teungku (Aceh).

Gelaran anugerah

Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa
Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepa
da Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Read More ->>

Tuesday 14 October 2014

Journal (Bahasa Melayu) 14/10/14

Hari ini saya belajar seperti biasa dan telah mempelajari ilmu yag baru oleh guru. Tetapi, saya tidak boleh menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana saya mengalami kesakitan gigi dan ia menyebabkan kepala saya sakit.
Read More ->>

Monday 13 October 2014

Journal (Bahasa Melayu) 13/10/14

Akhirnya, ada juga peluang untuk aku menulis Jurnalku, Setelah lama menghadapi masalah Internet.

Hari ini, saya dan rakan-rakan telah menonton sketsa yang mana memberi pengajaran yang amat  bermakna dan perlu diamalkan kerana ianya berkaitan dengan ibu-bapa kita sendiri. Kita perlulah mengambil berat terhadap ibu-bapa kita kerana ia mungkin mengambil masa yang lama ataupun boleh dikatakan hampir terlewat untuk kita melihat wajahnya.
Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.