Thursday 15 May 2014

Sinopsis Kucing berduri kota

Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8100’ ini menceritakan tentang Zic 9295, seorang pemerintah negara Israel yang zalim yang bagai syaitan bertopengkan manusia, diibaratkan sebagai kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa menunjuk kepada suku kaum 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa dan tidak berbuat apa-apa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan dan perasaan kasihan.Zic 9295 menyedari kesalahannya, akan tetapi, dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan itulah tindakan yang sewajarnyadan dia pening untuk mengambil jalan yang mana satu. Serigala gearbok menyokong segala perbuatan Zic 9295. Mereka lebih suka melihat kaum 8100 musnah dan lenyap. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka. Dia takut akan etnik 8100 yang sedang berlumba maju dalam bidang pendidikan.Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan, dia akan dikenakan hukuman. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia cuba mengelak segala tuduhan yang diberi terhadapnya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 hilang dan musnah dari dunia ini.Akhirnya, datang polis antarabangsa menangkap Zic 9295 dan telah dibawa ke mahkamah. Kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.Zic 9295 telah dihukum disebabkan penyalahan kuasa yang telah diberikan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.