Wednesday 21 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 19/5/14

Hari ini telah bersambung balik minggu ujian untuk minggu kedua di mana saya dan rakan-rakan telah mengambil ujian bahasa masing-masing pada pagi hari. Antaranya adalah Bahasa Perancis, German, Jepun, Mandarin, Arab.Pada waktu petang, saya telah menjawab soalan-soalan lisan yang ditanya oleh ustaz Saifun. Dan saya telah mengahadapi masalah pengurusan masa ketika menjawab soalan Jepun.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 18/5/14

Hari ini saya telah membersihkan bilik-bilik saya disebabkan semalam tiada eletrik.Saya bernasib baik kerana saya sempat membasuh baju pada malam sebelum eletrik terputus....Dan saya juga ingin belajar tentang perkara-perkara yang terdapat dalam pengetahuan Pendidikan Islam yang akan ditanya dalam ujian pada keesokan hari....

Kata hikmah: Jangan berlumba untuk menemukan kesalahan orang lain, tapi berlumbalah untuk menghindari kesalahan yg sama.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 17/5/14

Hari ini adalah hari cuti....

Saya dan kawan saya mengulagkaji Bahasa antarabangsa masing-masing dan cuba untuk mengingati beberapa kunci untuk lulus ujian tersebut......Saya dan beberapa kawan saya telah belajar Bahasa Jepun dan berusaha mengingat segala yang sensei telah beri kepada kami.
Read More ->>

Friday 16 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 16/5/14

Hari ini, saya telah menjawab soalan subjek Kimia dan Pendidikan Jasmani. Hari ini juga adalah ulang tahun hari lahir saya!!!!!

Ujian Pendidikan Jasmani boleh tahan senang dan soalan Kimia agak susah sedikit kerana ada beberapa soalan yang di luar jangkaan.Soalan Pendidikan Jasmani tentang Unit 3 dan telah diberi soalan iaitu menyuruh untuk melukis pemain hoki dan alatan-alatan yang diperlukan untuk main
Read More ->>

Thursday 15 May 2014

Sinopsis Kucing berduri kota

Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8100’ ini menceritakan tentang Zic 9295, seorang pemerintah negara Israel yang zalim yang bagai syaitan bertopengkan manusia, diibaratkan sebagai kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa menunjuk kepada suku kaum 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa dan tidak berbuat apa-apa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan dan perasaan kasihan.Zic 9295 menyedari kesalahannya, akan tetapi, dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan itulah tindakan yang sewajarnyadan dia pening untuk mengambil jalan yang mana satu. Serigala gearbok menyokong segala perbuatan Zic 9295. Mereka lebih suka melihat kaum 8100 musnah dan lenyap. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka. Dia takut akan etnik 8100 yang sedang berlumba maju dalam bidang pendidikan.Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan, dia akan dikenakan hukuman. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia cuba mengelak segala tuduhan yang diberi terhadapnya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 hilang dan musnah dari dunia ini.Akhirnya, datang polis antarabangsa menangkap Zic 9295 dan telah dibawa ke mahkamah. Kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.Zic 9295 telah dihukum disebabkan penyalahan kuasa yang telah diberikan.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 15/5/14

Hari ini, saya telah menduduki ujian Bahasa Melayu dan Sejarah dan saya telah menjawab sehabis baik

Saya telah mengulang kaji degan sehabis baik dan saya telah mendapat menjawab dengan baik walaupun ada beberapa soalan yang susah
Read More ->>

Wednesday 14 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 14/5/14

Hari ini, saya berasa sangat lega kerana saya dapat menjawab semua soalan Matematik dan beberapa soalan Biology..

saya juga ingin mengulangkaji Bahasa Melayu dan Sejarah untuk persediaan peperiksaan pada keesokan hari

Read More ->>

Monday 12 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 13/5/14

Hari ini merupakan hari perayaan bagi kaum India iaitu Hari Wesak

Hari ini adalah hari cuti . Jadi, Saya telah mngisi masa dengan belajar pada waktu malam
Dana saya telah mengikuti Kelas tambahan yang diadakan oleh Cikgu Suzaina. Dan saya perlu menghilangkan tekanan yang ada dalam diri dengan berehat di bilik selepas itu...

sekian......
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 12/5/14

Hari ini saya telah menduduki ujian pada hari pertama iaitu Fizik dan English

Fizik saya telah cuba untuk buat yang terbaik. Saya telah dapat menjawab apa yang ditanya dan ada beberapa soalan yang saya tidak dapat menjawabnya.

English saya benyak lupa perkataan yang cikgu beri dan saya telah menghadapi kesusahan untuk mejawab soalan tersebut.
Read More ->>

Sunday 11 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 11/5/14

Pada hari ini, saya telah pulang ke Permatapintar pada hampir pukul 6.00 petang.. Selepas itu saya berusaha untuk menyiapkan assignment PJK.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 10/5/14

Hari ini saya telah berusaha untuk menyiapkan Novel.

Hari ini juga tiada apa-apa yang berlaku pada saya hari ini
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 9/5/14

Hari ini semua orang muslim lelaki telah pergi solat Jumaat di Masjid.

Saya telah pulang pada hari ini kerana didapati bahawa Permatapintar akan ketiadaan eletrik selama satu malam.Jadi saya mengambil peluang ini untuk pulang supaya saya dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu

Read More ->>

Saturday 10 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 8/5/14

Hari ini adalah ulang tahun hari lahir kawan saya Amer Asyraf. Dan saya perlu mula untuk mengulangkaji pelajaran dengan segera
Read More ->>

Novel (Bahasa Melayu)

Dinasti Han

Pendahuluan

Cerita ini mengisahkan tentang peperangan zaman Dinasti Han yang mana Dinasti paling lama dalam tamadun Hwang Ho(Cina). Cerita ini mengisahkan tentang kerajaan-kerajaan di dalam cina sebelum bersatu.Antara kerajaan-kerajaan yang besar dan berkuasa adalah Shu,Wei,Wu dan Jin.Tetapi,sebenarnya, kerajaan Jin dibangunkan ketika di akhir peperangan kerana pentadbir kerajaan Jin ialah seorang General dari kerajaan Wei bernama Sima Yi. Antara Pentadbir-pentadbir kerajaan yang ada ialah LiuBei(Shu),CaoCao(Wei),SunJian(Wu)Sima Yi(Jin),YuanShao,Gongsun Zan ,Zhanglu,Ma Teng,DongZhuo,Wanglang,XiangLiang,MengHuo dan lain-lain.Kerajaan ini berkembang dari semasa ke semasa.
     Permulaan bagi semua kerajaan tersebut hanyalah kumpulan-kumpulan yang kecil yang terdiri daripada 2-3 orang ahli sahaja. Seperti: Shu hanya mempunyai tiga ahli iaitu LiuBei, ZhangFei dan Guanyu. Wei mempunyai beberapa general iaitu CaoCao, DianWei, CaoRen, XiahouDun, Xiahou Yuan dan SimaYi(Awal peperangan).Wu mepunyai general iaitu SunJian, SunCe, SunQuan, SunShangXiang, HuanGai, LuXun dan ZhouTai. Jin mempunyai keturunan keluarga Simayi iaitu: SimaYi, SimaShi, SimaZhao, DengAi, WangYuanji, ZhongHui, ZhugeDan, XiahouBa, GuoHuai, JiaChong, WenYang, ZhangChunhua.












Bab 1 – Permulaan bagi peperangan….

     Pada penghujung abad ke-2 ,Ianya aman damai untuk setiap kerajaan dan Shu telah ditubuhkan walaupun kecil. Dengan berita Shu ditubuhkan, CaoCao(Wei) secara sukarela ingin membantu Shu. Dan secara sukarela, LiuBei(Shu) menerima pertolongan tersebut. Tetapi, Shu dari awal lagi telah berhati-hati kerana mereka tahu bahawa Wei adalah kerajaan yang paling kuat dan paling strategik yang pernah ada di zaman Dinasti Han. Ketika itu, Wu hanya berdiam diri dan mereka hanya hidup seperti kerajaan yang aman dan damai. Ketika kerajaan tersebut berada dalam keadaan damai. Tiba-Tiba, satu kerajaan yang dipanggil ‘The Yellow Turban’ telah berperang dengan beberapa kerajaan dan telah menguasai sebahagian besar daripada wilayah Dinasti Han tersebut. Dengan itu, HeJin iaitu ketua bagi seluruh rakyat Hantelah memuat keputusan untuk meruntuhkan kerajaan ZhangJiao(Yellow Turban)
     HeJin telah memanggil general-general terhebat dari semua wilayah. Shu telah bersatu setelah berpisah dari peperangan di kampung LiuBei. GuanYu, ZhangFei telah secara sukarela ingin berperang menumpaskan ZhangJiao bersama-sama. Wei hanya menghantar tiga daripada berpuluh Jeneral mereka iaitu ketuanya sendiri CaoCao, XiahouDun dan DianWei. Wu pula menghantar SunJian(ketua), ZhouYu, HuanGai, SunCe. Jeneral-Jenaral yang lain ialah HuangfuSong, LuZhi, ZhuJun, dan lain-lain. ZhangJiao elah mendengar berita tersebut dan bersiap sedia untuk peperangan terbesarnya. ZhangJiao telah mengumpul 2 juta tentera dan tentera Han hanya 350 ribu sahaja. Dengan itu, The Yellow Turban menganggap kerajaan Han sebagai kerajaan yang lemah.
    Peperangan itu teramat luar biasa kerana ZhangJiao telah menggunakan kuasa sihir untuk menghalang pasukan Han daripada menaiki tangga yang menuju ke ZhangJiao. Tetapi dengan kerjasama pihak mereka, ZhangManCheng dan ZhangLiang telah ditumpaskan dan sihir tersebut dimatikan dan HeJin serta tenteranya terus menuju ke ZhangJiao dan ZhangFei serta GuanYu bertarung dengan ZhangJiao yang menggunakan sihirnya. Tetapi, ZhangJiao telah ditumpaskan dengan ditikam di perut oleh GuanYu dengan senjatanya yang dinamakan ‘Blue Dragon’(Blade).
    Setelah ZhangJiao dibunuh, rakyat jelata dan tentera bangga dan gembira kerana telah terlepas daripada seksaan dan keganasan The Yellow Turban . Dan semua orang meraikannya dalam satu malam indah dan ceria yang paling bermakna. Dan disebabkan itu, Hejin dan pemantunya telah mula berbincang wilayah-wilayah yang kosong di merata tempat kerana ZhangJiao telah mengambil sebahagian besar Negeri Han. Mereka membuat perbincangan dari awal supaya tidak menjadi perebutan wilayah semasa mereka sepatutnya bergembira. Tetapi itu hanya bertahan sekejap sahaja walaupun ia memberi kesan terhadap negeri tersebut. Akhirnya, mereka telah dipanggil untuk membahagikan wilayah kepada kerajaan dengan sama rata. Ketika itulah di mana LiuBei telah mempunyai wilayah pertama baginya untuk diperintah.
    Kemudian, semua kerajaan telah berbaik-baik dan menolong Antara satu sama lain. Ianya berkekalan selama beberapa tahun sehinggalah tahun 190Masihi, salah seorang pemerintah bernama DongZhuo yang telah memasuki Luo Yang dan merampas wilayah tersebut dan menyalahgunakan wilayah tersebut. Semakin lama, semakin tidak terkawal kuasanya. Disebabkan itu, Pasukan Han sekali lagi telah bersatu untuk menumpaskan DongZhuo di Luo Yang. Pasukan Han telah diketuai oleh Yuan Shao dan dibantu oleh beberapa jeneral yang lain. Inilah peperangan yang di mana telah muncul beberapa pahlawan berpangkat besar yang hebat dan berani dari pelbagai kerajaan seperti ZhaoYun(GongsunZan), LuXun(Wu), ZhouYu(Wu) dan askar-askar kecil yang lain. Di situlah saat ketika pertemuan ZhaoYun dengan LiuBei. Walaupun ZhaoYun adalah jeneral dari kerajaan GongsunZan, dia masih rapat dengan LiuBei walaupun Mereka baru berkenalan dalam masa yang singkat kerana ZhaoYun tahu yang LiuBei tidak akan membunuh sesiapa tanpa sebab. Ketika mereka sedang berbual-bual, Tiba-tiba, Peristiwa bertikam lidah telah berlaku Antara ketua peperangan YuanShao sehinggakan GongsunZan dan YuanShao ingin bertarung sehingga mati. Tteapi, ZhaoYun dan LiuBei menghalang pergaduhan tersebut. Selepas itu, GongsunZan memberitahu bahawa dia dan kumpulannya ingin berperang secara bersendirian dan tidak memerlukan pertolongan YuanShao. Jadi, ZhaoYun terpaksa berpisah dengan LiuBei dan bersedia untuk berperang di bahagian lain. Akhirnya, mereka berperang habis-habisan dan semuanya sempurna dari permulaan hinggalah setibanya merekanya di depan pintu HuLao. Disebabkan GongsunZan berperang bersendirian, dia dan ahlinya                                telah sampai di pintu gerbang itu dahulu dan GongsunZan membunuh beberapa askar  yang berada di sekitar pintu gerbang tersebut.
      Tiba-tiba , ada seorang pahlawan sedang menaiki kuda merah jambu yang dihiasi emas. Pahlawan tersebut bernama LuBu dan kudanya bernama The Red Hair. LuBu melompat dari bukit yang tinggi lalu mendarat di atas salah seorang tentera GongsunZan. LuBu telah membunuh tentera-tentera GongsunZan dengan senangnye kerana LuBu merupakan salah seorang pahlawan yang hebat dan susah untuk dikalahkan kerana LuBu mempelajari hampir kesemua seni mempertahankan diri yang ada didunia pada masa itu. GongsunZan bernasib baik kerana dia dapat melepaskan diri dan dia melaporkan kepada YuanShao. Dia meminta maaf  kepada YuanShao. Apabila YuanShao mendengar berita tersebut, dia terus menyuruh semua orang mara ke depan. LiuBei, GuanYu, ZhangFei mara terlebih dahulu kerana mereka menganggarkan akan ramai orang yang terbunuh disebabkan LuBu. Perlawanan antara LiuBei, ZhangFei dan GuanYu menentang LuBu teramat sengit. Tetapi malangnya, LuBu telah memenangi pertarungan tersebut. LiuBei, GuanYu dan ZhangFei dapat melarikan diri kerana ZhaoYun datang dan melawan LuBu. Walaupun ZhaoYun tahu dia tidak setanding  dengan LuBu. Dan akhirnya, Pasukan Han telah kalah dalam pertempuran tersebut. Tapi, mereka telah membunuh hampir semua askar DongZhuo yang ada. YuanShao dan jeneral-jeneral yang lain pulang dengan hampa dan mereka risau akan penduduk di tanah cina atas pemerintahan DongZhuo.
   Beberapa tahun kemudian, satu berita yang amat gembira telah disebarkan. Ianya tentang DongZhuo. DongZhuo telah dibunuh oleh anggotanya sendiri iaitu LuBu kerana dia telah menyeksa kawan LuBu iaitu DiaoChan. Walaubagaimanapun, LiuBei, CaoCao, SunJian dan pemerintah yang lain telah bersedia kerana LuBu akan menggantikan DongZhuo untuk memerintah LuoYang.




Bab 2- Kebangkitan semula kerajaan Wu


Wu telah mengalami perkara yang paling sedih iaitu kematian Pemerintahannya SunJian. Tetapi SunCe masih tabah dan dia telah menggantikan ayahnya kerana di adalah anak sulong daripada kalangan adik-beradiknya.Tempat asalnya telah dirampas oleh LiuBiao. Jadi, SunCe pun bercadang untuk merampas balik tempat tersebut.
 Liubei terdengar berita tersebut dan ingin menolong SunCe dalam peperangan tersebut.LiuBei telah mengumpul beberapa askar untuk bergerak kesana bersama-sama ZhangFei. GuanYu tidak dapat pergi kerana dia berada di kerajaan Wei untuk menolong mereka menetang YuanShao. LiuBei dan tenteranya bersiap sedia dan terus pergi ke san dengan segera kerana pertarungan tersebut telah bermula.
SunCe dan tenteranya bertarung habis-habisan sehingga memberi sainga yang sengit kepada LiuBiao. SunCe telah mendapat peluang untuk menang tetapi, secara tiba-tiba satu kumpulan berpakaian kuning datang ke medan peperangan tersebut. Kumpulan tersebut adalah kumpulan yang dihantar dari kerajaan YuanShu. SunCe dan tenteranya berada dalam kesusahan pada masa itu. Namun, kesusahan itu dapat dibantu apabila LiuBei telah datang dan menolong SunCe mengalahkan YuanShu dengan senang. Selepas itu, kemenangan telah berada di dalam genggaman SunCe. Tiba-tiba, seorang pahlawan iaitu TaishiCi muncul di depan mata mereka. SunCe pun melawan TaishiCi dengan penuh tenaga. Perlawanan tersebut sangat sengit walaupun TaishiCi melawan semua askar pasukan Wu seorang diri. SunCe tiada pilihan lagi selain melawan TaishiCi seorang diri. LiuBei dan ZhangFei secara tiba-tiba muncul dan menolong SunCe melawan TaishiCi. Akhirnya TaishiCi telah ditewaskan. Namun, SunCe telah melepaskannya. Selepas itu, SunCe dan kumpulannya terus memasuki istana LiuBiao dan berlawan di situ. Istana LiuBiao dipenuhi oleh askar-askar yang terlatih. Tetapi, ianya tidak mematahkan semangat SunCe untuk merampas balik tempat asalnya.
  SunCe bertarung dengan LiuBiao dan askarnya dengan penuh semangat dan pertarungannya membuatkan SunCe telah menguasai teknik senjatanya dengan lebih lengkap iaitu ‘Tonfa’. Disebabkan itu, askar LiuBiao telah ditewaskan oleh SunCe dengan senangnya.LiuBei dan ZhangFei terpegun melihat teknik ‘Tonfa’ SunCe yang begitu hebat. Walau bagaimanapun, LiuBei dan ZhangFei cuba untuk membunuh LiuBiao dan akhirnya, LiuBiao telah dibunuh dengan senang sekali.
 Akhirnya, tempat tersebut telah dirampas oleh SunCe kembali dan mereka sangat gembira keran mendapat balik tempat tersebut. SunCe berterima kasih atas pertolongan LiuBei. Lalu, LiuBei meminta diri untuk pulang ke kerajaannya. Selepas itu, SunCe teringat akan TaishiCi yang sedang berjuang bersendirian. Lalu, SunCe menghantar satu surat kepada TaishiCi untuk bertarung satu lawan satu. TaishiCi menerima permintaan tersebut dan mereka berjumpa di satu tanah lapang yang berdekatan dengan kerajaan Wu. Mereka bertarung bersungguh-sungguh dan menggunakan semua teknik pertempuran yang mereka tahu. Akhirnya, SunCe telah menang dalam pertarungan tersebut. TaishiCi tidak percaya bahawa dia kalah dengan lawannya dimana ketika perang lawannya tidak tahu apa-apa. Selepas itu, SunCe telah mempelawa TaishiCi untuk menyertai kerajaan Wu. TaishiCi menerima permintaan tersebut dan mula berjuang di bawah kerajaan Wu.
Bab 3- Peperangan di GuanDu


  Peperangan ini menceritakan bahawa kerajaan yang paling kuat iaitu Wei telah menentang kerajaan YuanShao di GuanDu. Peperangan tersebut adalah bertujuan atas sebab CaoCao ingin membalas dendam terhadap YuanShao.
  Dalam peperangan ini, GuanYu dari Shu telah menjadi wakil Shu untuk menolong Wei menetang YuanShao. Ketika itulah GuanYu telah mendapat pemberian dari Wei iaitu kuda kepunyaan LuBu dimana telah diambil sebagai rampasan perang yang mana XiahouDun,CaoPi dan askar yang lain berperang melawan LuBu di XiaPi.Peperangan tersebut  juga peperangan yang lebih kepada strategi berbanding kekuatan.
 Kemenangan peperangan ini bergantung kepada dua pengkalan di tengah medan peperangan iaitu BaiMa dan YanJin dimana pengkalan yang perlu dilalui untuk menuju ke pengkalan musuh.Oleh itu, CaoCao telah mengarahkan GuanYu untuk mempertahankan BaiMa dan XiahouDun untuk  mempertahankan YanJin. YuanShao telah mengarahkan hampir semua Jeneral dalam kumpulanya untuk Menyerang BaiMa dan YanJin. Namun demikian Kesemua Jeneral YuanShao telah dibunuh oleh GuanYu dan XiahouDun.
Apabila CaoCao mengetahui yang YuanShao telah mengadapi kekurangan Jeneral. Dia telah menghantar ZhangLiao untuk pergi secara senyap ke pengkalan utama YuanShao melalui jalan tersebut untuk membakar pengkalan tersebut kerana pengkalan tersebut adalah satu-satunya pengkalan yang mempunyai bekalan makanan kepunyaan kumpulan YuanShao. YuanShao telah berada dalam kesusahan dan dia telah dikepung di tengah-tengah medan peperangan bersam-sam ZhenJi dan ZhangHe.
 Tetapi, ZhenJi dan ZhangHe sebenarnya telah bersepakat dengan CaoPi untuk beralih pihak dari pihak YuanShao ke pihak CaoCao. YuanShao terkejut apabila telah diberitahu tentang perkara tersebut. Dan akhirnya, YuanShao telah dibunuh oleh GuanYu di BaiMa.Peperangan tersebut telah berakhir dengan kemenangan yang besar terhadap pihak CaoCao.
 CaoCao mempelawa GuanYu untuk menyertai pihak Wei. Namun pelawaan tersebut ditolak kerana GuanYu memberitahu bahawa dian tidak akan berpecah dari adik-beradiknya iaitu LiuBei dan ZhangFei. Jadi, CaoCao menghormati keputusan GuanYu dan CaoCao membenarkan GuanYu pergi pulang ke kerajaannya.
 Tetapi, CaoCao telah mengetahui bahawa mereka tidak akan menang menentang Shu dengan adanya GuanYu. Jadi, CaoCao telah bersiap sedia untuk berperang dengan Shu di masa yang akan datang.




Bab 4 – Perlawanan api di ChiBi

Berpuluh-puluh yahu telah berlalu dan semua kerajaan semakin lama semakin maju. Dan banyak peperangan berlaku diantara mereka semua seperti :
.Peperangan di Mt. Ding Jun (Shu vs Wei)
.Peperangan di Istan Ji (Wu vs Wei)
   .Peperangan di ChangBan (Shu vs Wei)
 Dan banyak lagi.

 Dan satu peperangan yang melibatkan semua kerajaan berperang yang mana pihak Shu dan Wu bersatu untuk menumpaskan Wei di ChiBi. Peperangan tersebut Jeneral-Jeneral yang hebat iaitu LiuBei, ZhangFei, ZhugeLiang, SunQuan, LuXun, PangTong, ZhouYu , ZhouTai, HuangGai (pasukan campuran) ZhangHe, CaoCao, XuZhu, DianWei, XuHuang (Wei)
 Perlawanan tersebut adalah salah satu perlawan yang paling terbesar dalam sejarah Cina. Dalam perlawanan ini, SunQuan telah menggunakan taktik yang sangat berbahaya iaitu membakar kapal-kapal Cao-Cao dan melemahkan para musuh menggunakan api.
 Peperangan itu telah dimenangi oleh pihak campuran dimana telah mengalahkan CaoCao tetapi merekan tidak sempat untuk membunuh CaoCao dan Jeneral-Jeneral yang lain.
 Tetapi peperangan tersebut hanyalah satu lakonan dimana pihak Wu telah ertarung Wei. Tetapi itu adalah sebaliknya. Di Istana Fan telah berlakunya satu pertempuran dimana GuanYu dan GuanPing telah dibunuh oleh CaoRen dan LuMeng.
 Tetapi kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu LuMeng telah jatuh sakit dalam peperangan dan tidak dapat diselamatkan lagi. Selepas itu, anak muridnya iaitu LingTong dan GanNing berjanji untuk bekerjasama dalam apa jua peperangan yang meraka tempuhi.







Bab 5- Pengakhiran bagi Semua Kerajaan.

 Shu.
Kerajaan Shu telah runtuh apabila ZhugeLiang mati apabila bertarung dengan kerajaan Jin di tanah WuZhang akibat kesihatannya yang tidak baik. Selepas itu, askar-askar Shu telah berpecah dan hidup seperti satu kampong dan hidup bekeluarga.

Wei

Setelah CaoCao mati dibunuh oleh SimaYi, askar-askar CaoCao telah berperang di bawah pemerintahan SimaYi.

Wu

SunQuan telah berjaya membangunkan satu kerajaan yang lengkap. Dia telah membuatkan rakyatnya hidup aman dan damai di bawah kerajaannya.

Jin

Kerajaan ini runtuh apabila berlaku pecah-belahan pihak kerana perebutan kuasa setelah SimaYi mati.

Akhirnya, semua rakyat negeri Han telah hidup seperti biasa dan mereka hidup tidak kira asal, keluarga, dan keturunan mereka. Beberapa tahun kemudian, Dinasti yang dipanggil Dinasti Han telah menjadi satu Lagenda bagi penduduk Cina . Dinasti tersebut tamat pada tahun 220 Masihi.   

  



Read More ->>

Wednesday 7 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 7/5/14

Hari ini saya telah mula rasa berdebar kerana peperiksaan sudah dekat dan berbaki kurang daripada seminggu lagi.

Kami telah menduduki test Biology. Saya bernasib baik kerana saya baru sahaja membuat assignment Biology pagi tadi. Kebetulan, informasi kerja tersebut telah masuk dalam soalan tersebut.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 6/5/14

Hari ini saya tidak merasakan apa-apa

Hari ini , saya telah belajar sejarah . fizik, cikgu Dini telah memberi assignment kepada kami dan perlu dihantar pada hari khamis ini. Jadi, kami perlu membuat kerja tersebut dengan segera.
Tetapi, saya perlu mula belajar sekarang kerana peperiksaan akan diadakan pada hari isnin minggu depan.
Masih  banyak lagi matapelajaran yang masih saya tak faham walaupun saya telah berusaha untuk memahaminya.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 5/5/14


hari ini merupakan hari isnin. Dan kami belajar self-Development dan kami telah menduduki test sejarah untuk markah tambahan sejarah. jadi, saya telah menjawab dengan bersungguh-sungguh demi mendapat markah yang baik
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 4/5/14

Hari ini adalah hujung minggu dan saya mesti belajar kerana peperiksaan pada minggu hadapan....

Saya perlu tingkatkan CGPA saya!!!!
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 3/5/14

Pada hari ini, saya telah pulang ke PermataPintar pada pukul 4.00 Petang dan saya melihat berada dalam keadaan sunyi sepi. pada hari itu hari cuti, kemungkinan semua orang berehat didalam bilik masing-masing
Read More ->>

Sunday 4 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 2/5/14

Jumaat, hari yang paling mulia bagi umat islam dan semua lelaki muslim


Hari ini saya perlu balik kerana ada hal keluarga yang perlu diselesaikan.Dan saya mempunyai banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan.
Read More ->>

Thursday 1 May 2014

Journal (Bahasa Melayu) 1/5/14

Hari ini saya berasa sungguh gembira dan berpuas hati kerana hari ini telah diadakan explorace.Saya telah melalui pengalamn yang baru seperti minum telur mentah campur sos tomato campur perencah tertentu dan aktiviti lain.
Read More ->>

Journal (Bahasa Melayu) 30/4/14

Hari ini saya tidak rasa apa-apa.

saya dan rakan telah menyanyi di kelas pai (assignment) dan cikgu memberitahu bahawa kami perlu mencari bahan pengetahuan dari luar buku teks dan nota yang diberi kerana cikgu akan mengeluarkan soalan lain daripada yang lain.

sekian....
Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.