Tuesday 17 January 2017

SOALAN TATABAHASA SPM ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

SET RAMALAN 1
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
     - FN + FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     -  Subjek - Vincent Chong
     - Predikat - menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14
(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
     - Zalipah dihadiahi oleh Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14
(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
     - Menghadiahi Zalipah sebuah novel Vincent Chong bersempena hari jadinya yang ke-14
(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     - yang
(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     - dengan
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 2
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
     - FN + FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     - Subjek - Guru
     - Predikat - mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
     - Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
     - Untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia di dalam kelas itu.
(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     - agar
(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     - untuk
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 3
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang
terletak di Kuala Lumpur.
(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
     - FN + FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     - SUBJEK: Abang saya yang sulung
     - PREDIKAT: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala  Lumpur.
(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
     - Ayah diberi oleh abang saya yang sulung wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur
(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
     - Memberi ayah wang, abang saya yang sulung, untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     - yang
(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     - untuk
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 4
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN + FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
PREDIKAT: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.
(iii)

Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
 Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bintang kehormatan di Istana Negara.
(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara, Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong.
(v)Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong / Istana Negara / Perdana Menteri
(vi)Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
 Menganugerahi
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 5
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN+FK
(ii)Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Cik Yong
PREDIKAT: suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
(iii)Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
 Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik Susan pada hujung minggu.
(iv)Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Suka membaca buku cerita Cik Yong pada masa lapang manakala pada hujung minggu suka menanam pokok bunga, Cik Susan.
(v)Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
manakala
(vi)Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
buku cerita / pokok bunga / masa lapang / hujung minggu
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 6
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN+FK
(ii)Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Biduanita yang bersuara merdu itu
PREDIKAT: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
(iii)Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
 Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
(iv)Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Di sisi anak tunggalnya, biduanita yang bersuara merdu itu pada malam Jumaat yang tenang telah menghembuskan nafas terakhir.
(v)Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
 pada / di
(vi)Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
biduanita
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 7
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara  berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN+FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
PREDIKAT: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
(iii)Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
 Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian  Pendidikan Malaysia.
(iv)Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
 Dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah  Kebangsaan Kota Kemuning.
(v)Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
 yang
(vi)Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
ketiga.
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 8
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN+FK
(ii)Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
PREDIKAT: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.
(iii)Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
 Kereta Ahmad pula yang ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada minggu lalu.
(iv)Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
 Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.
(v)Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
 yang
(vi)Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
lembu / kereta / ayah / minggu
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 9
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN+FK
(ii)Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Bahawa ujian bulan Januari
PREDIKAT: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.
(iii)Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula  papa pukul 10 pagi.
(iv)Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
akan / pada / oleh
(v)Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
bahawa
(vi)Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
 guru / ujian / pagi / bulan
___________________________________________________________________________________
SET RAMALAN 10
 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya. (i)

 Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
 FN + FK
(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Alilah Sherry
PREDIKAT: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
(iii)Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
 Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.  Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggal Alilah Sherry tetap dihadiri olehnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
(iv)Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
 Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
(v)Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
 yang / sungguhpun / selepas
(vi)Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
menghadiri / perayaan / dianjurkan / persatuan / seharian

Read More ->>

Popular Posts

Powered by Blogger.